Rita Rudaini Luah Rasa Syukur Akhirnya Keadilan Berpihak Kepadanya

Hiburan

Rita Rudaini  Luah Rasa Syukur Akhirnya Keadilan Berpihak Kepadanya

Selepas beberapa tahun turun naik mahkamah dan memperjuangkan hak anak-anaknya, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam telah memerintahkan bekas suaminya Aidil Zafuan Abdul Razak untuk membayar tunggakan nafkah sebanyak RM68,530 kepada Rita.

Advertisement

Buat Rita, bukan wang ringgit yang menjadi keutamaan beliau tetapi apa yang Rita lakukan selama ini semata-mata kerana ingin menuntut keadilan buat  beliau dan dua orang anaknya Airit Rayyan Rizqin, 7, dan Airit Qaqa Arjuna, 5, yang dizalimi sebelum ini.

Dalam perbicaraan semalam, hakim turut  memerintahkan Aidil untuk membayar kos guaman yang ditanggung oleh Rita sepanjang perbicaraan kes berkenaan dijalankan.

Aidil diberikan tempoh selama 45 hari bermula semalam untuk menyelesaikan kedua-dua bayaran tersebut.

Tidak sia-sia bukan perjuangan Rita selama ini untuk anak-anaknya, kalau hendak kata pasal duit anda semua pun tahu Rita lebih daripada mampu untuk membesarkan anak-anaknya. Namun, beliau hanya mahu Aidil tidak lari daripada tanggungjawab beliau sebagai seorang bapa.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...