April 26th, 2016

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini telah memerintahkan pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan Abdul Razak untuk membayar tunggakan nafkah sebanyak RM 68,530 kepada bekas isterinya iaitu pelakon Rita Rudaini.

Selain itu, Hakim Syarie Mawardi Che Man juga memerintahkan Aidil untuk membayar kos guaman yang ditanggung oleh Rita sepanjang perbicaraan kes berkenaan dijalankan.

Aidil diberikan tempoh selama 45 hari bermula hari ini untuk menyelesaikan kedua-dua bayaran tersebut.

Rita bagaimanapun tidak dapat hadir pada perbicaraan tersebut atas faktor kesihatan dan baru sahaja keluar daripada hospital selepas seminggu terkena demam denggi.

Rita yang diwakili peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memfailkan tuntutan terbabit pada 14 Disember 2013.

Aidil diwakili peguam Rushdan Sujak. Sebelum ini, Rita, 40, turut memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil, 29, pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.  Walaubagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Mawardi memutuskan Aidil perlu membayar RM30,000 tuntutan mutaah terbabit.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...