Rita Rudaini Bidas Kenyataan Zaquan Adha & Dedah Cerita Lama – “Hang Yang Bagitahu Abang Hang Aku Pregnant Tu Bukan Anak Dia”

Hiburan

Rita Rudaini Bidas Kenyataan Zaquan Adha & Dedah Cerita Lama – “Hang Yang Bagitahu Abang Hang Aku Pregnant Tu Bukan Anak Dia”

Semalam, media melaporkan kenyataan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha tentang konflik yang berlaku di antara abang kembarnya, Aidil Zafuan dan bekas isteri, Rita Rudaini.

Kata Zaquan, dia tidak masuk campur urusan peribadi kembarnya namun mendoakan agar urusan Aidil dan Rita dapat diselesaikan dengan baik.

Advertisement

zaquan adha
9 months ago

Zaquan Adha Beri Komen Konflik Antara Aidil Zafuan & Rita Rudaini - "Saya Hanya Harap Mereka..."

 

Batu api paling besar – Rita

Susulan kenyataannya itu, Rita Rudaini tampil membidas kenyataan bekas adik iparnya itu dan mendakwa Zaquan merupakan batu api dalam konflik rumah tangganya sebelum ini.

Orang ni kata tak masuk campur. Kalau dia lupa, mai nak ingatkan dia yang masuk rumah kami dulu ambil semua baju baju abang dia.

 

Hang ah yang send mesej kat abang hang bagitau anak yang aku pregnant tu bukan anak dia. Hang lah batu api besar, hang lupa ni.

rita rudaini

Rita turut berpesan agar Zaquan tidak masuk campur atau memberikan apa apa kenyataan berkenaan konflik itu selain berkata dirinya bukanlah lemah lagi seperti dulu.

Hang dan keluarga cipta Rita yang baru. Dulu aku lemah korang pijak aku. Hang ni tak sudah sudah acah terpaling bagus.

 

Zaquan buat laporan polis

Selepas kenyataan tersebut diberikan oleh Rita, suami kepada Ayu Raudhah itu mengesahkan dia telah membuat laporan polis mendakwa telah difitnah aktres tersebut.

Saya baru saja buat laporan polis berkenaan IG story yang dikeluarkan oleh Rita berunsurkan fitnah melibatkan saya dan keluarga. Jadi saya serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADH4 (@zaqone_08)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...