Zaquan Adha Beri Komen Konflik Antara Aidil Zafuan & Rita Rudaini – “Saya Hanya Harap Mereka…”

Trending

Zaquan Adha Beri Komen Konflik Antara Aidil Zafuan & Rita Rudaini – “Saya Hanya Harap Mereka…”

Kembar Aidil Zafuan iaitu Zaquan Adha turut terpalit dengan kemelut rumah tangga bekas pemain bola sepak kebangsaan itu dengan bekas isteri, Rita Rudaini yang kecoh baru-baru ini.

 

Advertisement

Tak masuk campur, doakan yang terbaik

Suami kepada pelakom Ayu Raudhah itu bagaimanapun berkata dia tidak mencampuri urusan rumah tangga dan keluarga abangnya.

Zaquan yang berkata dia tidak perlu memberi apa apa komen itu juga turut mendoakan yang terbaik buat Aidil dan pihak Rita Rudaini.

Saya rasa saya tak ada apa apa komen yang perlu saya keluarkan, tak perlu kenyataan daripada saya. Cuma saya doakan yang terbaiklah untuk Aidil dan juga pihak di sebelah sana.

Tambahnya, dia berharap semua urusan Aidil dan Rita berjalan dengan lancar dan mereka dapat menyelesaikan isu ini dengan baik.

Ini bukan hak saya untuk bersuara ataupun memberikan pendapat. Saya hanya harap mereka selesaikan isu ini dengan baik.

rita

 

Tiada masalah dengan sesiapa

Dalam pada itu, Zaquan juga turut mendedahkan keluarganya tidak terlibat dalam konflik di antara bekas birasnya bersama Aidil.

Kami tak ada masalah pun dengan sesiapa pun kita tak ada masalah dan kita pun tidak mahu mencari masalah.

 

Ini hal rumah tangga masing-masing, mungkin masa masa mereka sebelum ini, hanya mereka sahaja yang tahu. Walaupun saya adik beradik kepada Aidil, saya tak mahu beri komen lebih lebih.

zaquan adha

rita rudaini
4 weeks ago

"Cukuplah Jangan Ganggu Kami, Biar Saya & Anak-Anak Bahagia Cara Kami" - 'Pesanan' Rita Rudaini Untuk Aidil Zafuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...