Written by AbangNara | August 26th, 2013

Niat di hati memang Abang Nara tak ingin lagi menulis mengenai kemelut rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini. Namun jawapan-jawapan yang diberikan oleh Rita menerusi BiPop semalam memang masuk akal. Buat anda yang tidak tahu, Aidil sebelum ini memaklumkan yang Rita berbohong ketika memberikan kenyataan kepada media.

rita rudaini

Memang panjang lebar Rita Rudaini membalas dakwaan Aidil. Makin keliru Abang Nara dibuatnya. Antara petikan kata-kata Rita ialah:-

Tak payahlah Aidil nak tuduh saya memburukkannya. Keluarga dia pernah burukkan saya dalam akhbar, Twitter, dan Facebook. Siap panggil wartawan datang rumah buat sidang akhbar lagi. Saya terima. Tapi sampai bila? Saya juga manusia biasa, ada tahap kesabaran. Dulu setiap kali saya kena makin hamun dengan keluarganya, Aidil tidak pernah mempertahankan saya.

ritaAbang Nara, kalau buat novel, drama atau filem mengenai kisah hidup pasangan ini, memang boleh jual punya. Tak gitu? Kepada anda yang mengikuti perkembangan rumahtangga pasangan ini, sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mendalami kata-kata Rita sepenuhnya.

Saya berbohong? Hanya Allah SWT saja yang tahu siapa berbohong! Saya percaya orang berbohong dan bersalah akan menerima balasan. Kita tunggu masanya akan tiba suatu ketika nanti. Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan raya anak-anak? Kenapa ketika berada di Jepun baru nak SMS saya?

Saya boleh pula menyediakan kelengkapan anak-anak sebelum puasa. Saya juga sibuk, tetapi masih ingat tanggungjawap terhadap anak-anak. Apabila pulang dari Jepun, kenapa tidak beri duit belanja raya? Kenapa pada hari raya keempat baru teringat nak beri duit raya? Nampak sangat dia tiada langsung ciri-ciri bapa bertanggungjawab. Apabila saya cakap dan bising, dia cakap saya burukkan dirinya! Saya sudah lama menahan sabar dalam tempoh masa empat tahun in.

Saya tidak nafikan, Aidil ada memberi nafkah tapi hanya tahun ini saja baru setiap bulan beri duit. Tahun lepas mana sejak Januari? Mana bukti dan tolong tunjuk! Dia mempertikaikan apa yang tidak cukup? Saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dulu saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya. Mana dia pernah ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!

Dulu, kadang kala dia hanya beri RM500 saja untuk anak, dia bukan tahu keperluan makan dan susu anak mahal ke murah! Hidupnya main bola dan balik makan saja. Dia tak pernah ambil tahu belanja dapur! Tapi saya jenis tidak berkira asalkan hidup bahagia dan tidak bergaduh. Jangan nak menafikan hakikat itu. Dia ni spesies manusa tidak pernah kenang budi ketika tidak berduit dulu. Bila sudah senang, lupa diri.

Tapi tidak mengapa, Allah SWT Tahu apa yang berlaku. Saya tidak takut! Saya juga pelik bila pula masanya saya tuduh adik dan kekasihnya dalam kenyataan saya tempoh hari? Ada saya menyebut nama mereka? Dia ni sebelum kantoi, tuduh saya buat fitnah, tapi apabila satu Malaysia tau, dia SMS pada saya dan cakap “suka hati akulah nak berkahwin dengan sesiapa”. Saya nak gelak pun ada..

Hari tue, berjanji nak datang jenguk anak-anak tapi bila tiba harinya, batang hidung pun tak nampak. Dia ingat saya duduk rumah goyang kaki agaknya. Kerja saya banyak tergendala kerana janji kosongnya. Cakap depan hakim di mahkamah nak jumpa anak pada Ahad, tapi SMS beritahu tak dapat datang.

Soal tidak balik ke rumah keluarganya, saya nak tanya Aidil, tanyalah mana-mana wanita, siapa nak balik jika dia pun asyik kena marah, ada ketika pernah kena sepak terajang dengan keluarganya. Mungkin Aidil lupa, dia pernah beritahu saya dan kawan saya. Tidak dinafikan ibu bapanya pernah datang ke hospital ketika saya melahirkan Airit Rayyan. Tapi mereka tidak mahu berjumpa dengan ahli keluarga saya. Bila saya cakap jumpa dengan mama saya dulu, mereka terus tergesa-gesa mahu pulang. Elok ke perangai macam itu? Itukah gaya orang nak merapatkan hubungan?

Di situ pun sya dapat menilai mereka ikhlas atau tidak. Saya bukannya tidak mahu berjumpa keluarga Aidil, tapi kadang kala apabila terkenang kejadian kena halau ketika mengandungkan Rayyan, saya jadi trauma. Saya akan pergi keluarganya tunjuk perangai baik.

Saya selalu mengirimkan makanan dan tanya khabar mereka. Tapi saya terkejut apbaila tercetus pergaduhan, apabila saya cuba hubungi bekas mentua, dia tidak melayan saya lagi. Di situ sudah nampak, mereka memang tidak suka saya sejak dulu. Tidak mengapalah tidak menyukai saya, tapi sekurang-kurangnya tanyalah khabar cucu. Itupun susah untuk mereka lakukannya. Tapi saya hairan, mereka aa hati nak merebut anak-anak saya.

ak payahlah Aidil nak tuduh saya memburukkannya. Keluarga dia pernah burukkan saya dalam akhbar, Twitter, dan Facebook. Siap panggil wartawan datang rumah buat sidang akhbar lagi. Saya terima. Tapi sampai bila? Saya juga manusia biasa, ada tahap kesabaran. Dulu setiap kali saya kena makin hamun dengan keluarganya, Aidil tidak pernah mempertahankan saya. Macam mana saya nak balik ke rumah keluarganya?

Seperkara lagi, saya dan keluarga pernah mahu pergi melawat bapanya yang kononnya sakit, tapi Aidil berkeras tidak mengizinkannya. Saya pelik sangat-sangat. Sekarang nak mempersalahkan saya pula. Dia yang tidak pandai nak menjernihkan hubungan saya dengan keluarganya. Keluarga saya selalu tanya dan nasihat pada Aidil supaya merapatkan saya dan keluarganya, tapi dia gagal melaksanakannya. Mengaku sajalah Aidil. Dia pun pernah buat pengakuan pada abang dan keluarga saya.

Dulu, saya tidak berani berkata-kata tapi tidak sekarang. Saya mahu bangkit untuk mempertahankan diri. Tidak perlulah saya cerita semuanya. Aidil kena ingat, sejak kena halau dari rumahnya, sejak itulah bermula titik hitam dalam hidup kami. Sikap mereka menjadikan saya lebih keras hati.

Minta dia tengok semula SMS atau dia tak pandai membaca? Lagipun itu tanggungjawab dia (beri duit nafkah). Aidil ada ucap terima kasih pada saya melahirkan zuriat dia dan tolong sara keluarga? Tak pernah sekalipun. Sekarang pun dia tidak pernah ucapakan terima kasih dan bersimpati pada saya yang menjaga anak-anak soerang diri. Dia pun tidak boleh nak uruskan anak jika saya tinggalkan mereka sekejap.

Tapi dia tiada hati perut, sejak keluar rumah, dia membebankan saya dengan kes mahkamah dan macam-macam hal. Soal skandal, tak perlulah cakap saya tuduh. saya bukan boleh pasang CCTV di mana-mana. Semua ini adalah petunjuk. Allah SWT tidak akan menutup apa yang dilakukan terlalu lama. Sampai masa, Allah sendiri akan buka aib dia. Aidil tentu tahu apa yang dilakukan.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

270 responses to Rita Rudaini Balas Dakwaan Aidil, Nafi Berbohong Ketika Beri Kenyataan

  1. Anonymous says:

    dua2 cerita x tau mana satu betul. tapi aku rasa kalau perkawinan tu dpt resut ibu bapa mungkin lbeh mudah.. memang dh berlaku, tapi utk kita semua ni amik teladan..bg mereka berdua ni, just move on la.. .kau kata aku, aku kata kau. bising sgt smpai nak kesian pun susah. bila dh pisah tu yg jantan jaga la anak2 tu, bg nafkah, didikan agama etc. yg pompuan tu pi la cari lelaki yg taraf kaya raya supaya bajet x lari lagi. at least you both akan dpt ape yg you all cari selama ini nanti. everyone happy.

  2. cian says:

    kesian ye kena sepak terajang…perempuan tu

  3. hak aku... says:

    kalau tak bidas org slahkan pihak pompan, mcm2 dikata, tak tau jg suami, keluarga dn sebagainye… kalau bidas si pompan jugak salah, dikate tak tau jaga rahsia dan maruah suami dan keluarga…untung jad jantan ni eh pape buat smuenye ok!….ape nk dimalukan, kalau aku pun aku buat perkara yg same….org nk ckp2lah, tu mulut org…aku nk buat ape aku punye sukelah, itu hak aku…yo go rita!!!.

  4. makjemah minat rita says:

    Mak jemah pikir,takkan lah sikit sangat aidil boleh bagi nafkah kat rita tiap2 bulan.? Dah la keluar rumah,tiinggal anak bini. Gaji pon,paling koman 15-20k…takkan tak boleh bagi lebih??lain lah kalau aidil dah sedia rumah untuk rita.ini tidak, rita sewa,dan bayar sendiri.
    Rita tu perempuan,isteri,jaga anak sendiri….semua handle sendiri..mqnq belasmihsan aidil?mana hati perut aidil??

    Oooooo…lupa..
    Kat zarema lah ye?

  5. Anonymous says:

    i love u rita. jaga zuriat tu elok2. bagi didikan agama secukupnya. InsyaAllah… mereka tu akan jaga rita bila besar nanti…

  6. Penghuni Alam says:

    org yg tak penah puas gaduh kat umah mmg gini….nak gaduh besar smp tersebar kat masyarakat…klu org lain lagi nak sorok2…tapi mulut rita x ada batas2 lagi dia nak kawalkan…to rita plzzz….kawal diri u sendiri…pulih semangat u sendiri inshaalah semua benda akan tenang…kool la kak rita oii spt muka u yg cantik lembut tuh…

  7. qai says:

    mmg betul kluarga aidil msk cmpur hal anak2 knpa suka bgtu. kan bgus doa kan yg baik utk anak , menantu dan cucu hidup bahagia.

  8. Anonymous says:

    dari dulu aku perasan rita mmg xbyk kuar kenyataan..keluarga aidil tu yang over..bapak aidil beria cakap terkilan rita xdtg mahkamah ke hape la..mcm2lah..kakak aidil, tu xkira lagi kembar si aidil tu dok kutuk rita mcm2…baygkan teruknya family ni…. Skeluarga buat kat Rita..Aidil mmg jantan xdak teloq xtau uruskan bini sendiri..Biar keluarga kata mcm2 kat Rita..Sekrg baru rita byk kuar kenyataan…luah perasan…macam2 korang hentam dia…..Korang googlelah balik yang seblum2 ni punya berita pon ada lagi…mak aidil, bapak aidil, kakak aidil semua ada bagi kenyataan pasal hubungan dorang….

  9. Anonymous says:

    rita ni macam betina meroyan. nyaman sangat kah si butuh aidil sampai sukar nak dilepaskan

  10. makjemah minat rita says:

    Mak jemah kesian kat orang yang duk kutuk rita
    Hati perut korang buang ke laut, eh?

  11. Anun says:

    Tgk kenyataan Rita yg terakhir…”Sampai masa, Allah sendiri akan buka aib dia. Aidil tentu tahu apa yang dilakukan.”

    Allah x akan buka aib seseorang tu ok…
    Allah cakap tutuplah aib orang lain, nescaya Allah akan tutup aib kita..

  12. Mat K says:

    Sudahlah tuh, aku drpd kesian terus rasa nak tapak muka dia.

  13. nyam nyam says:

    tak habis lagi meh???

  14. cincau lengkong says:

    ada commentator kata kenapa Aidil bagi nafkah anak saja… tak bagi nafkah isteri… ikut undang syariah isteri yang nusyuz tak layak dapat nafkah dari suami.. Rita jatuh nusyuz sebab dia takmau ikut Aidil berpindah ke rumah Aidil…. baik gak Aidil tak sebut pun Rita ni isteri nusyuz..

  15. Gegurl says:

    Bapak si aidil Dan zakuan entah pe2…macam la anak dia pandai main bola sangat…kalau nak pindah kelab @ Negeri kene ajak dua2…kalau seorang je…tak boleh….huh….nampak sangat perangai ego dia….kalau kata A… A laa…jgn bangkang….sedeyyyyy….

  16. waklu says:

    diorg neh x rimas ke cite2 cmne 1 malaysia tau..cukup2 laa..bwk2 laa diskus kasi setel..

  17. mulut terlupar says:

    kalu dah cerai tu cerai jelah..sengaja cari pasal..nak ambil publisi murahan.owang lain bercerai hari puasa 1 minit je nak raya tapi x heboh 1 malaya..malaysia please..don,t be so gediss…sakit hati..aku benci aidil zakwan ….fuck..

  18. ummah says:

    sabar adalah jln terbaik..tak perlu berbalas hujah menegakkan kebenaran..sbg umat islam harus maaf memaafi dan jgn berdendam..sesungguhnya yang baik itu dr allah yg buruk itu dr kita sendiri..renung2kan

  19. mak Jemah says:

    Tetap anda sedang memburukkan ayah kepada anak-anak anda….
    Apa yang anda dapat?
    Ada orang paksa anda berkahwin dengan dia ke?
    Anda sendiri yg mahu kan?
    Siapa suruh kahwin lari?
    Siapa suruh berkahwin tanpa restu ibu bapa?
    Agama dah cakap…..ada caranya yang baik utk memulakan rumahtangga…
    kamu buat yang terlarang…wp halal….
    Apa akibatnya?
    Tak mudah kan?

    Kata orang ~ ‘tepuk air di dulang…terpercik ke muka sendiri’
    Apa-apa pon….kisah anda ini sangat bagus dijadikan tauladan…

    “janganlah kamu derhaka kepada kudua ibu bapa, walaupun hanya dengan berkata “ah!”

  20. bukan peminat RR says:

    RR tabahkan hati dan mengadu pada Allah, hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk Rita dan anak-anak. Berkat doa insan teraniaya, Insyaallah… Kebenaran itu akan berpihak pada RR, saya doakan RR terbuka hati untuk membuat pilihan yang lebih baik in the future. Jodoh ajal maut sudah tertulis, RR hanya perlu menempuh dengan redha. Saya faham kerana pernah dihalau oleh keluarga suami semasa mengandung juga. Kita tak mampu buat orang sayang atau suka kita, tapi kita tak perlu sakitkan hati kita dengan memikirkan hal mereka yg kita tak mampu nak ubah, RR cuma kena fokus untuk anak-anak. Yang lepas dah berlalu, at least benda ni tak berlanjutan terlalu lama for you to withstand, Allah will be with you and your sons… Inshaallah, you are a strong person and lets utilise your strengths the right way, untuk cari rezeki besarkan anak-anak….

    Jazakallahu Khairan Kasira

    “The most grateful to Allah are those who are most grateful to other people…”