Written by AbangNara | August 19th, 2013

Akhirnya menerusi Berita Harian hari ini, bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan menjawab segala persoalan yang bersarang di minda orang ramai. Bukan mudah untuk menceraikan seorang isteri lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, namun menurut Aidil, dia sudah hilang sabar dengan tindakan Rita selama ini.

aidil zafuan

Ditanya mengapa dia tergamak menceraikan Rita di kala Aidilfitri hampir menjelma, kata Aidil:-

Saya tidak mahu mengesahkan menghantar SMS untuk menceraikan Rita atau tidak. Mengenai perkara itu, kita tunggu saja di mahkamah. Tapi apa yang saya boleh katakan, saya sudah hilang saar dengan tindakan Rita selama ini. Bukan tidak menghormati bulan baik Ramadhan, tetapi kesabaran saya ada hadnya.

Biarlah saya saja tahu apa yang berlaku, tak perlu rasanya kongsi dengan masyarakat kerana ini hal rumah tangga kami. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat terkilan dengan tindakannya yang tidak sudah-sudah memburukkan saya. Tidak cukup dengan itu, Rita juga menghantara SMS yang bukan-bukan kepada saya.

rita rudaini cerai
Mengenai tuduhan Rita yang dirinya tidak mengambil berat hal anak-anak mereka, Aidil menjawab:-

Kenapa dia tidak bersikap jujur dengan memberitahu perkara yang sebenar kepada media? Saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada anak setiap bulan. Semua bukti pemberian ada saya simpan. Sebelum ini dalam perbicaraan di mahkamah, hakim tanya dia, adakah saya memberikan nafkah kepada ana-anak. Rita jawab ada tetapi apabila memberikan kenyataan kepada media, dia tidak menyatakan perkara sebenar.

Apabila sudah menyediakan nafkah untuk anak-anak, jangan kata nak ucapkan terima kasih, dia boleh pula beritahu nafkah saya beri tidak cukup. Saya tidak faham berapa banyak yang dia hendak sebenarnya? Macam persiapan raya baru-baru ini, seinggu sebelum Aidilfitri saya ada menghantar SMS bertanyakan soal persiapan raya anak-anak.

Ini kerana saya bercadang membawa mereka membeli-belah pada 29 Julai lalu. Tapi Rita bising, dia kata, kenapa lagi seminggu hendak raya baru saya sibuk nak bertanya. Bukan saya sengaja, tetapi sebelum itu, saya berada di Jepun untuk menjalani latihan. Seminggu sebelum raya baru saya pulang ke Malaysia.

Selepas bising-bising, Rita kata mereka sudah pulang ke kampung di Perlis pada tarikh itu. Akhirnya saya dapat tahu, rupa-rupanya pada tarikh itu, dia belum pulang ke kampung. Tetapi apabila saya SMS, dia tidak jawab mesej saya.

rita dan aidil

Abang Nara agak sedih juga membaca kata-kata seterusnya daripada Aidil mengenai perjumpaannya dengan anak-anak. Kata Aidil:-

Siapa kata saya tidak rindukan anak-anak? Bukan saya tidak mahu bertemu mereka, tapi beritahu bagaimana saya henda berjumpa anak-anak sedangkan untuk masuk ke rumah Rita memerlukan kad akses. Apabila saya hantar SMS bertanyakan hal anak-anak, dia senyap. Jadi apa lagi yang boleh saya buat? Rita kata saya juga sering memungkiri janji, kononnya sudah berjanji untuk datang bertemu dengan anak-anak tapi saya tidak kotakan.

Memang saya pernah beritahu dia hendak berjumpa dengan anak-anak, tetapi saya kata Insya Allah kerana ketika itu, saya terikat dengan perkara lain. Jika saya tidak datang, dia kata saya menipu. Tak mengapalah, saya sudah lali diburuk-burukkan oleh Rita.

Biarlah masyarakat memandang serong pada saya, lagipun tiada apa yang perlu saya takutkan kerana saya tidak ada peminat seperti dia. Saya tidak tergamak melakukan perkara serupa kerana dia selebriti dan ramai peminat. Saya tidak mahu tindakan saya nanti menjejaskan nama dan periuk nasinya pula.

rita
Ditanya sama ada keputusan yang diambil olehnya dipengaruhi oleh orang lain seperti Zareema (wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengannya), Aidil berkata:-

Tiada siapa yang mempengaruhi keputusan saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini, dia tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa.

Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat semuanya datang lahir dari hati saya sendiri, buat apa saya terus hidup dengan orang yang pentingkan diri seperti dia? Saya juga impikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.

Bayangkan selama beberapa tahun berkahwin, tidak pernah sekali pun dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban. Saya akan pulang seorang diri dari mula-mula kami berkahwin sehinggalah apabila sudah anak.

rita

Ditanya adakah keengganan Rita berpunca daripada ketakutan keluarganya tidak akan menerima, Aidil menerangkan:-

Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika keluarga saya tidak terima dia, takkanlah ibu bapa saya datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masin, tapi apabila tiba giliran saya beraya di Seremban, saya terpaksa beraya seorang diri.

Adilkah untuk saya, tapi apabila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi berapa lama lagi saya harus bersabar?

Saya tidak akan berdiam diri kerana saya juga ada hak ke atas anak-anak saya. Mereka zuriat malah saya tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada mereka. Jadi saya juga ada hak ke atas mereka.

Fuh ~~ Memang panjang lebar penjelasan Aidil Zafuan kali ini. Semoga segala persoalan anda terjawab sudah. Akhir kata, marilah sama-sama kita doakan agar masalah keluarga mereka ini dapat diselesaikan tanpa mencipta sebarang kontroversi lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

310 responses to Cukuplah Dia Burukkan Saya – Aidil Zafuan

  1. aku says:

    Nasiblah prestasi aidil dalam bolasepak tak terkesan dgn masalah rumahtangga dia. Kalau tak, rugi sbb dia adalah pemain pertahanan yang terbaik sekali. Semoga dia tabah n kuat dlm menghadapi dugaan dlm menemui kebahagiaan. untuk RR, sudah2lah tu. simpan kenyataan tu dlm mahkamah je, tak payah nak tunjukkan lagi sape diri anda.

    • nisa says:

      btol tu..nasib prestasi aidil maintain je,x terkesan..tp,cuma kita bole lihat kalau ada yg prasan,seri wajah aidil x mcm dulu..bbeza dgn kembarnya,zaquan yg mgkin Allah mberi rezeki lebih dgn kluarga yg bahagia..harap aidil dpt tempuh smua ni dgn sabar..pray for him..mybe both of them..
      #aidil&zaquan psgn kembar yg tbaek..kalau sorg kena ofcoz la yg sorg lg trasa..kn3..abg backup adik,adik backup abg..doa je yg tbaek utk mreka smua..

      • Anonymous says:

        Ari tu ada gak desas desus pasal zakuan ada awek lain.. Tp ayu jenis cool punya org sy rase.. Dia bkn panas baran.. Mebi sbb tu rumahtgga dorang aman damai..

  2. kak saripah says:

    kesimpulannya senang je….. orang yg baik2 biasanya dapat lelaki baik2……
    so rita dgn aidil mmg sekufula….dua2 xmatang dan stupid…… rita bimbo, aidil stupid….. tapi kawin tanpa restu ni biasanya kesudahan camnila….. moral of the story…. jgn kawin di siam tanpa restu family…..

    • nurin says:

      Kak Saripah,
      ada jugak yg kawin dgn restu mak ayah bercerai berai

      • Anonymous says:

        itu namanya xde jodoh…. org yang kawin tnpa restu ni kebarangkalian dia idop x bahagia lebih tinggi berbanding org yg kawin dgn restu…. tp klu kawin dgn restu pon perangai cam harem…hancur gak rmh tangga…pokok pangkal dia balik pada agama…. sekian sahaja renungan dari kak saripah…. renung2 kan selamat beramal….

  3. pak janggut says:

    ini semua poyo

  4. rita janda aidil says:

    aidil imamnya..rita makmumnya..dlm kursus kahwin pn ade bgtau..ape yg sptutnya dibuat..dua2 api..begini la jdnya..tp boleh dikeruhkn kalau dua2 gi ke pejabat agama bincang mslh rumahtangga yg tiada kesudahan tu..ttpi..sbgi ahli keluarga kedua2 pihak kena gk bg peranan…bg nasihat kt dierng bkn nya bakar line..so..jawapan nya…iblis,jin,setan dah menang..bodoh sgt dri situ pn masih xnmpk lg ke..??nak senang cite..dua2 bangang2..hahahaha…

  5. tuudiaaa says:

    Esok2 anak Rita dah besar anak dia kawen lari baru Si Mak Janda Rita ni meroyan lg. Baru dia Faham perasan mak bapak AZ ni.Pastu aku harap Menantu masa depan dia ni boleh sound dia plak cakap dia cetek ilmu Agama..Orang Tua kita perlu hormat supaya bila Tua kita pula dihormati..Phuiii benci aku pada ko Rita..makan Rota lagi baik..

  6. zif says:

    Saya ni bukanlah minat pasangan ini. Tapi disebabkan cerita diorang asyik terpampang di media maka secara tak langsung terbaca dan terikutlah story diorang.

    Nak kata pihak mana yg salah atau yg betul…Allah sahaja yg tahu…dan mereka sahaja yg tahu…tapi seringkali yg terbaca di media Kak Rita yg selalu mengeluarkan statement terhadap pihak lelaki. 100% keburukan yg diceritakan terhadap bekas suami malah seluruh keluarganya.

    Tak ada langsungkah kebaikan lelaki yg pernah Rita cintai tu terhadap Rita. Sekelumit pun tak ada ke? Atau baik sangat ke Rita ni ?…langsung tak ada kesalahan atau kesilapan yg pernah Rita buat ke?

    Tak adalah nak cakap sape baik sapa jahat….tapi kekadang cara kita bercakap tu secara langsung menunjukkan sikap kita yg sebenar…

    Masyaallah….sebelum kite cakap seseorang itu cetek agama ..jahil agama…cuba kita muhasabah diri. Tengok diri kita.

    Kite cakap org tu adalah cerminan didikan agama parent die. Mcm mana dgn kita? Sikap kita…Tingkahlaku, Hati,Dendam, sombong dan ego kite ?
    Aurat kita? Pakaian Kita? Adakah ini didikan parents Kak Rita juga…yg mana saya faham secara asasnya seseorang yg ketika berstatus isteri
    sedang berlakon berpegangan tangan dgn lelaki bukan muhrim…berdosa. Apatah lagi aurat wanita.

    Apakah parents Kak Rita tidak mendidik perkara asas-asas agama seperti ini? Soalan-soalan inilah akan ditanya balik oleh masyarakat kepada Kak Rita.
    Tidakkah persoalan itu akan terpantul balik kepada diri sendiri? Masyarakat akan baca statement ini dan membuat penilain dan perbandingan kpd kak Rita juga.

    Saya pun wanita..dan saya pun faham dan terkesan dgn apa yg berlaku dan apa yg menimpa kak Rita. Tapi apa yg sering terpampang di dada media
    hanya statement statement yg mengaibkan. Tetapi bukan usaha usaha ke arah kebaikan.Itu yg sangat terkilan . Maruah wanita dan menantu sedikit tercemar walaupun tak semua mcm Kak Rita.

    Mintak maaf Kak Rita atas teguran ini…tapi pada pandangan mata kasar saya …Kak Rita perlu turunkan sikit ego & dendam perasaan. SIfat dendam tu seolah-olah dah terpancar di wajah kak Rita..tidak seperti dulu yg lembut dan ayu.

    Dan janganlah sesekali memutuskan SILATURRAHIM antara anak dan bapanya. Besar dosa yg akan ditanggung. Apa-apa pun yg berlaku Kak Rita dan Aidil tetap ibu bapa kpd anak-anak. Didiklah mereka dengan didikan AGAMA yg sempurna.
    Jgn sampai tindakan kita menjadi cerminan didikan yg cetek kpd anak-anak kita pula. Tunjuk CERMIN kalian pula terhadap anak-anak.

    Kalau kita ajar dan tunjuk perkara yg baik kpd anak-anak..maka kite sbg ibu dan ayah akan dapat ganjaran pahala yg besar. Kebaikan itu akan dtg balik kpd kita. Allah kan ada. DIA maha Adil.

    Akhir kata, walaupun pasangan ini dah bercerai…dari lubuk hati saya , sentiasa berdoa semoga Allah melembutkan hati Kak Rita dan Aidil
    untuk berdamai tidak sbg suami isteri pun…..sbg sahabat pun dah ok….dan tidak mengaibkan sesama sendiri…Demi anak-anak.
    Saya percaya perasaan cinta yg pernah lahir diantara kamu berdua masih ada 0.01% di hati masing..masing. Cuma disebabkan tekanan pelbagai sudut menyebabkan perkara ini berlaku.

    Moga-moga kamu berdua diberi petunjuk dan hidayah. Muhasabah diri. Beristighfar.
    Yg penting jgn lupakan Allah. Banyakkan berdoa. Bukan memburukkan sesama kita. Jaga Solat. Mengadu padaNya. Minta yg baik-baik. Buang perasaan dan perkara yg jahat-jahat.

    Demi rohani anak-anak. Sayangkan anak-anak. Jaga Silaturrahim. Minta dijauhkan anak-anak buat perkara yg sama. Sebab mereka memerhati tindakan kita.
    Dan masyarakat menjadi saksi ke atas cerita-cerita yg telah berlaku. Nanti anak-anak bila membesar…sekurang-kurangnya bile masyarakat bercerita
    pasal ibu ayah mereka….hanya cerita pasal kebaikan bukan yg mengaibkan.

    Mana tahu kan. Jodohkan rahsia Allah. Kot-kot jadi mcm Hattan dan Isterinya tuuu..walaupun dah 10 tahun tapi masih ada jodoh mereka.

    Amin.

  7. aya says:

    aidil. meh kawin dgn i. i janji takkan royan2..

    • lempeng says:

      aidil taknak dekat ko.. aidil dah ada awek dendiam walau ada bini.. skrg dah cerai baru aidil lega dpt dating dgn awek selalu… hehe

  8. paparazzzoo....no more stranger!!! says:

    zip your lip rita…plzzzzzzzz laaa demi anak2 dan maruah ko sendiri

    • Penyokong Ayu..SEMAKINBERUDUU..... says:

      Ya betul tu paparazoooo…….tapi biarlah dia dengan mulutnya tukan…..dia akan kalah juga akhirnya…..kami semakin berpesta…..ranting peminatnya makin menurun…..kita bagi gunting sama dia dalam lipatan ya berlipat2 kali ni……..biarkan dia betul2 terasa kali ini……akan terasa pedih dan sendunyalah dia….. kesiannnnnnkannnn….kannnn….kannnnnnn……….

  9. nurin says:

    kita x ddk kt tmpt Rita n Aidil..
    kta xtau situasi sebenar..
    kita doakan yg baik2 jer lar utk mereka..

    mgkn skrg x kne kt kita

  10. anne says:

    sorry dulu saya mmg kesiankan rita. tp semakin byk dia bckp n give statement dkt media. saya jd menyampah. sepatutnya dia diam2kan je la hal dia & cerai cara baik. if still sayang kenapa keluarkan statement yg menyakitkan hati suami & family suami. omg seriously tak faham k. dah jadi mcm ni elok la bercerai secara elok je.

  11. Penghuni Alam says:

    tak guna jugak klu peminat dah byk mendoakan yg baik terbaik tapi sendiri punya badan susah nak berubah (berlembut hati)…contoh dah nmpk rita ego yg tegar sgt….

    • kami dari spesis aidil..suci lagi! says:

      YA..YA… betul..betul tu penghuni alam…kami semua sokong kau…kau betul2 sama satu spesis dengan kami semua termasuk aidil,zakuan,ayu dan semua sekutu-sekutuku…..terima kasih pada semua yang berpihak pada aidil dan spesis2 ku jua ya……mari kita sama2 mulai sekarang kita hancur dan musnahkan karier dan DIRI RITA YANG TAK BERGETAH TUKAN….ayuh kita semua sepakat dan bersatu…….good luck………

  12. Arape says:

    Argh Rita, dah lama tak dapat main memang la gila meroyan, cuba dapat main sekali..senyap je..hehe

  13. limau bali says:

    Sedih plak tengok Aidil hayun buai Aisy anak Zaquan kat keek Zaquan.. mesti teringat anak2 ek….

  14. landak says:

    Dua kali lima sepuluh
    Lima kali dua sepuluh
    Lapan campur dua sepuluh
    Dua campur lapan sepuluh

    Sama pandai sama bodoh
    Sama lawa sama hodoh
    Sama cerdik sama belok
    Sama tepok sama bongkok…..

  15. Haini says:

    Kalau aku jadi Aidil, mula2 aku pergi jumpa Rita, kemudian aku cium mulut dia dan kasi tau supaya kau bole diam tak, lain kali aku buat lagi lebih. Terus kau tak bole berbual buruk2 pasal aku and keluarga.. Pasti Rita suka…. lama memendam rasa…

    • Anonymous says:

      mulut longkang n busuk larat ke nak cium…kalau aku, aku ludah kat mulut dia…biar mulut dia bau mulut aku..hahahah…

  16. aqilah adni says:

    Sedey betolah bace crite2 dr paparan media tk tau lah sahih ke tk dari mulut both of them.Sya pon tk sebalai sesape pon.Tpi ingatlah satu perkara jika anda aibkan org di kalangan org,ingat balasan tu akan sampai pada diri sndiri tk kire bile n dimane.Buat Rita & Aidil cukup2 sudah menunding jari,tutup buku lame bina idup baru.Rita & Aidil even both of u no more marriage couples but u still have a huge responsibilities to cares about ur sons.These must alert deeply, coz they are ‘AMANAH DARI ALLAH’

  17. steady says:

    atoooiiyaaaiii…Rita n Aidil yg ada masalah..pengkomen pulak yg sibukk bergaduh backup sana sinun…HAHAHAHA
    yg penting bila nk tamat “drama” Rita n Aidil ni?? mengalahkan drama Indon la plakk pnjangnye..HEWHEW

  18. mat kelawarrrr says:

    statement rita menakutkan lepas kena cerai….klu aku jd mcm aidil, klu dah mati hidup semula ponnn aku x sanggup nak hadap ngan bini bermulut mcm rita nih…aduhhhh…org pas cerai x dak nak teriak laki ungkit semua benda yg ciput pon nak jadik issu sgt!!!

  19. celine dion says:

    AIDIL
    jangan lah ceraikan rita. ini suma dugaan jer. tapi aku cadangkan kahwin jer satu lagi. no hal lah.

  20. cik nid says:

    I ni bukan langsung peminat fasha sandha tapi kagum dgn cara dia ambik hati mertua. Mertua mmg terang terang benci sampai Jejai kawin pun, hanya ayahnya saja yg hadir. Sungguh memalukan, tapi Fasha tak berdendam, cuba jugak ziarah, tebalkan muka sampai lembut hati seluruh keluarga mertua. Last last ND dan FS tolak ego dan tutup kisah silam demi tak mahu keluarga mertua tersepit. Itulah kematangan yg RR perlu pelajari. Jgn anggap bila anak anak tak kenal keluarga suami satu kemenangan. Ianya satu kerugian pada masa depan mereka. Jgn jadikan anak sebagai tebusan dendam. Mereka berhak disayangi oleh datuk nenek kedua keluarga. Wallahualam. Maaf.

  21. Zafri says:

    Aidil sepatut mengambil tindakan undang-undang.
    Sila usaha dapatkan “perintah mahkamah” atau “injuksi” menghalang Rita dari terus memburuk-burukkan keluarga dan melindungi anak anda dari media.
    Sila berbincang dengan peguam anda kerana lama-kelamaan anak-anak anda terkena tempias akibat dari tindakan ibu mereka yg sering menggunakan media memburukkan bapa. Perintah mahkamah itu dalam English adalah
    “Gag Order” atau “Court Injuction’, menghalang media dari menyiarkan sebarang berita berkenaan perbicaraan atau hal rumah tangga anda.

  22. Bingai says:

    Dua-dua tak betul..
    Kalo xda pegangan agama and iman yg kuat ni la jadinya.
    Back to basic la..

  23. sokong Aidil says:

    memang dah wajib cerai
    gaduh pun satu malaysia tahu
    x gaduh pun satu malaysia tahu
    aidil ngadu pada keluarga rita ngadu pada press
    malu lah orang
    dua dua x dapat menyelesaikan masalah peribadi dgn bijak
    kesian dua anak mereka
    apa apa pun doa nya ialah mereka berbaik demi anak anak yang cerah masa hadapan

  24. Penegak Keadilan says:

    alahai, org2 UMNO sumenye mcm ni, x lari dari buat kecoh n msalah..tgk org2 PAS sume hidup diberkati dan bahagi abadi

    • Tanda Putera says:

      Oh org PAS sume hidup diberkati?..siapa ko nk tntukan hidup org? ko Tuhan ke bhai?..jgn la nk tntukn nasib seseorg brdsarkan parti, bodoh!

      • Anak Muda says:

        Knp kau nak dengki pulak Tanda Putera? Mmg hidup org yg sokong PAS ni diberkati kau tahu tak? Mcm aku, aku sokong PAS dari thn 1998 dan hidup aku dibeerkati, sekarang aku kerja governmenrt sebagai pegawai gred 52 di Kementerian Pendidikan, kau ada? gaji aku beribu2 tambah dgn mcm2 kemudahan lagi aku dapat, kau ada? jadi berentilah sokong UMNO, sokong la PAS utk hidup kau senang mcm aku