Seperti diketahui ramai, nasi impit merupakan makanan ‘wajib’ yang akan dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri dan akan dimakan dengan lauk-lauk yang lain seperti rendang, kuah kacang dan banyak lagi.
Bukan saja sedap dimakan dengan pelbagai lauk, malah proses penyediaannya juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama kerana hanya perlu merebus plastik khas sehingga teksturnya menjadi padat.
Bahaya rupanya makan nasi impit berplastik..
Bagaimanapun, adakah korang tahu sebenarnya nasi impit berplastik seperti itu sebenarnya boleh mendatangkan risiko masalah kesihatan yang serius buat pengguna.
Difahamkan daripada penjelasan Dr. Tan Shot Yen, plastik pembungkusan yang terdedah dengan air mendidih atau bersuhu tinggi sewaktu proses merebus boleh mengeluarkan kimia berbahaya.
Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti gangguan hormon, masalah pembiakan dan juga risiko kanser.
Kembali semula buat ketupat nasi tradisional
Susulan itu, doktor berkenaan menyarankan orang ramai untuk kembali membuat ketupat nasi secara tradisional iaitu dengan menggunakan daun kelapa sebagai alternatif menggantikan nasi impit berplastik.
Dalam pada itu, masyarakat turut disarankan untuk tidak mengambil nasi impit secara berlebihan kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan.