“Risau Terpesong” – Elfira Loy Tegur Netizen Buat Tarian ‘Wednesday’

Hiburan

“Risau Terpesong” – Elfira Loy Tegur Netizen Buat Tarian ‘Wednesday’

Pelakon, Elfira Loy telah meluahkan rasa bimbang melihat ramai generasi muda melakukan cabaran tarian Wednesday yang kini menjadi trend dalam media sosial.

Menerusi perkongsian Instagram, pelakon berusia 29 tahun itu berkata tidak bagus untuk terus membiarkan generasi muda hanyut dengan hiburan sebegitu kerana risau terpesong.

Advertisement

Menurut Elfira, lagu Bloody Mary yang digunakan sebagai latar tarian berkenaan mempunyai maksud berkaitan dengan kepercayaan agama lain.

Sekiranya anda tidak membuat carian dalam Google mengenai lagu tersebut, inilah lirik tarian Wednesday.

Kalau anda rasa bagus untuk menari dan membiarkan budak-budak menari menggunakan lagu tersebut, subhanAllah, terpulang kepada anda.

Difahamkan, lirik lagu Bloody Mary oleh penyanyi antarabangsa, Lady Gaga mengandungi beberapa patah perkataan mengenai agama Kristian dan Jesus.

Sebelum ini, penyanyi Lan Solo turut menerima teguran orang ramai kerana membiarkan anak perempuannya, Nur Amna Qaleesya membuat tarian tersebut.

Bahkan, pengguna media sosial berpendapat lirik lagu tersebut tidak sesuai untuk dinyanyikan oleh seorang Muslim.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Anak Buat Tarian 'Wednesday', Lan Solo Ditegur - "Lirik Tak Sesuai Dinyanyikan Oleh Muslim"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...