Anak Buat Tarian ‘Wednesday’, Lan Solo Ditegur – “Lirik Tak Sesuai Dinyanyikan Oleh Muslim”

Hiburan

Anak Buat Tarian ‘Wednesday’, Lan Solo Ditegur – “Lirik Tak Sesuai Dinyanyikan Oleh Muslim”

Penyanyi, Lan Solo baru-baru ini telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram memaparkan anak sulungnya, Nur Amna Qaleesya.

Menerusi video tersebut, Qaleesya dilihat rancak menari seperti ‘zombie’ mengikut trend tarian daripada drama bersiri Netflix iaitu Wednesday.

Advertisement

Malah, anak perempuan berusia 12 tahun itu juga dilihat mengenakan baju serba hitam dengan rambut bertocang dua seperti watak utama dalam siri tersebut.

Ok lepas video haritu.. ramai pulak request kakak SOLO. Jadi kita belanja ‘Kakak Solo’. 2 makhluk kat belakang tu in character jugak tau.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial telah menegur penyanyi berusia 37 tahun itu memandangkan lirik lagu tersebut mempunyai maksud yang tidak sesuai untuk dinyanyikan oleh seorang Muslim.

Bagaimanapun, ada juga segelintir warga net yang memuji kelincahan dan bakat menari yang dimiliki oleh anaknya.

Sehingga kini, hantaran video tersebut telah meraih 5.9K tanda suka dan 143 komen di laman Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Kontroversi Je Dia Mampu" - Buat Hantaran Berbaur Sindiran, Fezrul Khan Perli Siapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...