Mempunyai cahaya mata sendiri sememangnya satu idaman buat pasangan yang mendirikan rumah tangga bersama-sama, tetapi untuk menjaga anak bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang dibayangkan.
Malah, ada juga ibu dan ayah yang berasa ‘penat’ ataupun burn out apabila sudah mempunyai anak kerana sudah tiada masa untuk bersendiri. Melainkan jika penjagaan anak dibahagi dua secara seimbang.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, ada seorang wanita meluahkan rasa ‘penat’ menjaga anak hinggakan menganggu fizikal serta mentalnya.
— brgsjks (@brgsjks) May 17, 2022
Menurut wanita itu, kadang-kala perasaan menyesal mempunyai anak itu timbul kerana semasa berkahwin dirinya tidak pernah terfikir untuk mempunyai anak seawal perkahwinan tetapi disebabkan suami ingin mempunyai zuriat maka dia hanya mengikutnya saja.
Tambahannya lagi, dia juga berasa rindu untuk keluar berjalan-jalan tanpa memikirkan baby yang ada.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut berkongsikan cerita mereka soal anak dan menasihati wanita itu untuk bertabah serta bersabar.
Bagaimanapun, kini wanita terbabit telah pun pulih dari perasaan ‘penat’ yang dialami olehnya dan sedar segala yang berlaku hanya kerana mentalnya yang tidak kuat untuk lalui fasa-fasa ibu ketika itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.