Bapa kepada mangsa perlakuan kejam bunuh adik Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil hari ini mencuri tumpuan warga maya gara-gara satu hantaran menyayat hati yang dibuat si bapa.
Jazimin menerusi satu hantaran Facebook telah membuat ucapan selamat hari lahir buat anaknya itu sepatutnya memasuki usia 24 tahun sekiranya masih hidup sehingga kini.
Difahamkan, hari lahir Nurin jatuh pada tangga 11 September yang lalu.
Selamat hari lahir Kak Ngah yang ke-24 tahun. Dipinjam pada 11 September 199, dipulangkan kembali pada 17 September 2007. Selamat ulang tahun, Al-Fatihah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan selamat hari lagir buat Nurin selain memberi kata-kata semangat buat ahli keluarga kanak-kanak itu.
Tak pernah terlepas ikuti kisah adik Nurin. Sedih bila teringat, semoga pelaku diberi balasan setimpal.
Mengimbas kembali, Nurin Jazlin telah dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju pada 20 Ogos 2007 sebelum dilaporkan hilang.
Penjenayah yang menculiknya telah menyumbat mayat mangsa ke dalam beg sukan sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya. Identiti pelaku masih lagi misteri dan tidak dijumpai sehingga kini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.