“Demi Allah, Saya Tak Guna Rice Wine” – ‘Owner’ Restoran Nasi Ayam Claypot Akui Tiada Sijil Halal, Maafkan Individu Buat Fitnah

Kehidupan

“Demi Allah, Saya Tak Guna Rice Wine” – ‘Owner’ Restoran Nasi Ayam Claypot Akui Tiada Sijil Halal, Maafkan Individu Buat Fitnah

Ahmad Muzakin selaku pemilik restoran nasi ayam claypot ‘viral’ bersumpah dengan nama Allah di mana dia sama sekali tidak menggunakan bahan terlarang seperti yang ditularkan netizen.

Muzakin tampil menjelaskan dakwaan mengenai dia telah menggunakan wain beras dalam masakan dan mengakui rasa terkilan apabila ada segelintir pihak membuat pendedahan tanpa usul periksa dan tidak berjumpa dengannya terlebih dahulu.

Advertisement

Ujar lelaki berusia 48 tahun yang dilahirkan di Indonesia itu, kedua-dua botol digunakannya dalam masakan adalah minyak bijan biasa yang digunakan dalam resipi kaum cina, diyakini halal bahannya cuma kilang berkenaan tidak mempunyai sijil halal daripada pihak berkuasa agama.

Saya mengaku premis saya memang tiada sijil halal daripada Jakim tetapi banyak kedai Muslim lain juga tiada sijil sama. Saya anggap ia bukan satu masalah besar kerana saya adalah muslim dan tahu tanggungjawab.

Dua botol itu adalah minyak bijan dan apabila guna dua botol secara terus, saya akan dapat titisan minyak berganda tanpa banyak kali menuangnya cuma saya akui kilang itu tiada sijil halal tapi bahannya diyakini tiada yang terlarang.

Tambahnya lagi, ayam yang digunakan dalam masakan juga adalah daripada sumber yang halal.

Muzakin dalam pada itu memaafkan individu yang menularkan perkara buruk terhadap kedainya itu selain menganggap ia adalah ujian meraka dalam mencari rezeki.

Macam-macam orang cakap tentang kami hingga mengaitkan asal usul kami. Saya orang Malaysia dan pemegang kad pengenalan biru tetapi saya tidak malu mengaku keturunan dari Indonesia dan isteri pula asal Surabaya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila restoran nasi ayam claypot itu didakwa menggunakan bahan tidak halal sehingga mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Claypot nasi ayam viral rice wine
8 months ago

"Tiba-Tiba Je Tutup, Kantoi Ke?" - Restoran Nasi Ayam Claypot 'Viral' Didakwa Guna 'Rice Wine' Dalam Resipi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...