Sejak persembahannya di konsert pertama Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), nama penyanyi dan cef terkenal Dato’ Fazley Yaakob menjadi perbualan hangat dikalangan netizen baru-baru ini.
Beliau mengakui berasa gementar kerana sudah sekian lama tidak beraksi di atas pentas dan mengetahui persembahannya kurang memuaskan, kerana itu beliau memohon maaf kepada peminat.
Tetapi kalau anda nak tahu, Fazley Yaakob bukan baru sahaja berkecimpung dalam industri seni dan oleh sebab itu penulis yakin beliau pasti akan bangkit dengan menggunakan pengalamannya dalam bernyanyi sejak zaman muda.
Berhubung dengan pengalamannya, apa kata kita trowback sikit lagu-lagu nyanyian Fazley? Jom!
1. Asmara Ini
Rasanya lagu ini sangat sinonim dengan tuan empunya badan sendiri, malah lagu ini juga dipersembahkan oleh beliau ketika persembahan pertama di GV8 minggu lalu.
Lagu yang amat diminati ramai ini merupakan ciptaan komposer Ajai dan dilancarkan pada tahun 2001.
2. Kerna Asmara
Kalau tadi Asmara Ini, yang ini pula Kerna Asmara yang juga digemari ramai dan sering dimainkan di corong-corong radio pada suatu ketika dahulu.
Kerna Asmara dimuatkan dalam album Fazley berjudul Lain yang turut menampilkan lagu seperti Biarkanlah, Angin Malam dan banyak lagi.
3. Chocolate Cake
Tujuh tahun lalu, pada tahun 2014, muncul sebuah lagu yang menjadi siulan buat orang ramai berjudul Chocolate Cake dan biarpun kelihatan ringkas tetapi penggambaran muzik video ini dilakukan di luar negara iaitu di Paris.
Info tambahan, di dalam lagu ini ia turut menampilan selebriti sensasi, Caprice pada bahagian rap.
Demikianlah throwback kita pada hari ini untuk mengingati semula lagu-lagu Fazley Yaakob yang penulis rasa masih lagi diingati orang ramai.
Apa-apa pun, semoga Fazley berjaya menunjukkan kemampuan beliau di dalam konsert kedua GV8 pada hari ini. Jangan lupa tonton!