“Sambung Jadi Cef Sajalah..” Dikritik Sumbang, Fazley Yaakob Terima Kritikan Gara-Gara Persembahan Di GV8

Hiburan

“Sambung Jadi Cef Sajalah..” Dikritik Sumbang, Fazley Yaakob Terima Kritikan Gara-Gara Persembahan Di GV8

Gara-gara nyanyian penyanyi dan juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob di pentas Gegar Vaganza musim ke-8 untuk minggu pertama, dia dilaporkan telah mendapat markah tercorot dalam kalangan 13 peserta yang bertanding pada malam itu.

Tampil menyanyikan lagu sendiri untuk minggu pertama, Fazley telah menyampaikan lagu Asmara Ini dengan baik sekali meskipun menerima kritikan hebat daripada netizen.

Advertisement

Menerusi ruangan komen YouTube Astro Gempak ketika acara berlangsung, ramai penonton tidak melepaskan peluang untuk menjadi ‘juri’ bagi setiap nyanyian yang dipersembahkan peserta pada malam tersebut.

Paling teruk dikritik adalah persembahan pemilik Suka Sucre Bistro itu yang didakwa sumbang oleh sesetengah netizen.

Malah, ada yang mengatakan vokalnya tidak ubah seperti menyanyi di pusat karaoke dan ada juga yang meminta Fazley berhenti saja menyanyi dan menumpukan perhatian  dalam bidang masakan sahaja.

Komen FazleySumber : RotiKaya  

Terdahulu, persembahan minggu pertama GV8 menyaksikan penyanyi Aliff Aziz telah memperoleh markah tertinggi manakala Datuk Fazley merupakan peserta paling tercorot.

Persembahan peserta program nyanyian tersebut telah diadili tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan juga penyanyi Hetty Koes Endang.

Fazley Yaakob
2 years ago

"Biasanya Dapur Yang Berasap.." Fazley Yaakob Tunai Impian Anak Lihatnya Bertanding Di GV8

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Roti Kaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...