R*gol Wanita Di Rumah Sendiri, Isteri Nekad Cerai Gagal Tuntut Harta Sepencarian Kerana Suami Daftar Guna Nama Ibu

Hiburan

R*gol Wanita Di Rumah Sendiri, Isteri Nekad Cerai Gagal Tuntut Harta Sepencarian Kerana Suami Daftar Guna Nama Ibu

Pemain bola sepak Achraf Hakimi baru-baru ini mencuri perhatian dunia apabila dia telah didakwa melakukan perbuatan merogol wanita di rumah mereka dan kes tersebut kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa, memetik sumber.

Berikutan itu, isteri kepada Achraf yang merupakan bintang bola sepak kebangsaan Morocco, Hiba Abouk telah nekad untuk bercerai dan menuntut harta sepencarian bernilai RM388 juta.

Advertisement

Difahamkan, Achraf merupakan salah seorang pemain bola sepak yang dibayar dengan gaji yang cukup tinggi iaitu purata RM4.88 juta sebulan.

Namun begitu, usaha Hiba untuk menuntut harta serta nafkah anak-anak mereka menemui jalan buntu apabila suaminya itu telah mendaftarkan 80% harta di bawah nama ibunya setiap bulan.

Malah, segala barang dan harta benda yang ingin dibeli perlu ‘melalui’ kebenaran si ibu dan nama Achraf tidak direkodkan sebagai pemilik mana-mana aset yang dimilikinya.

Ini sekaligus membuatkan Hiba gagal untuk menuntut sebarang harta sepencarian apatah lagi untuk nafkah dua orang anak mereka.

Terdahulu, Hiba dan Achraf telah berkenalan pada tahun 2018 dan berkahwin dua tahun kemudian. Achraf juga berusia 12 tahun lebih muda berbanding Hiba dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Prof Muhaya pesanan buat penyondol
2 years ago

"Perampas Suami Orang Takkan Pernah Hidup Bahagia.." - Prof Muhaya Titip Pesanan Khas Buat 'Penyondol'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Sumber

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...