“Perampas Suami Orang Takkan Pernah Hidup Bahagia..” – Prof Muhaya Titip Pesanan Khas Buat ‘Penyondol’

Kehidupan

“Perampas Suami Orang Takkan Pernah Hidup Bahagia..” – Prof Muhaya Titip Pesanan Khas Buat ‘Penyondol’

Penceramah terkenal, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tampil meninggalkan pesanan ‘pedas’ buat mereka di luar sana yang bercita-cita dan menyimpan hasrat untuk menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga seseorang.

Maklum Prof Muhaya, kisah ‘penyondol’ tidak kira latar belakang agama kala ini dilihat semakin membimbangkan dan boleh diibaratkan sebagai penyakit berjangkit.

Advertisement

Katanya lagi, setiap perkara yang tidak baik yang dilakukan kepada orang lain pasti akan berbalik kepada diri kita sendiri.

Yang pertama, setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang pada awak. Bila kita suka buat benda yang tak baik, maka kita tahu benda tak baik akan datang.

Malah, ujarnya lagi, golongan ini tidak akan hidup bahagia kerana pasti akan terluka di hujung-hujungnya.

Kedua, setiap kali kita memilih untuk melukakan orang lain, maka kita juga akan terluka. Ketiga, kita tidak akan boleh bahagia di atas kesusahan atau derita orang lain.

Prof Muhaya juga berpesan agar wanita di luar sana menjaga maruah diri dan tidak sesekali bercita-cita untuk menjadi ‘penyondol’ dengan menggunakan kelebihan diri sendiri seperti kecantikan yang diberikan Allah S.W.T.

1 year ago

"Masa Ber*men Tak Ingat Pulak" -Influencer View Chin Luah Rasa Rindu Dekat Anak-Anak, Netizen Luah Rasa Jijik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...