Mencipta sejarah tersendiri, penantian pelakon dan pelawak Bell Ngasri akhirnya berakhir apabila dia menerima Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang diadakan malam Jumaat lalu.
Dia yang memenangi dua kategori iaitu Anugerah Bintang Popular dan Artis Komedi Popular untuk edisi kali ini telah membawa pulang trofi, kotak istimewa daripada penaja majlis dan juga pakej umrah.
Pada Isnin lalu, Bell telah menerima kejutan istimewa daripada individu misteri bernama Fendi apabila pelawak itu bakal menerima sebuah kereta sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia selama ini.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat ketika Bell hadir bagi memenuhi undangan sebuah radio stesen terkenal pada pagi hari berkenaan.
Sebelum itu, Khairy Jamaluddin yang bertugas dalam slot pagi stesen radio itu berkata secara langsung ketika bersiaran mengenai penggiat seni patut memberi ganjaran sebuah kereta buat Bell Ngasri di atas kemenangan itu.
View this post on Instagram
Apabila KJ dah sebut, meluap-luap hati ini nak ke umum. Dengan ini saya mewakili syarikat DTC Moto dan PRM Bisnes berbesar hatin ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta.
Khairy sebelum itu berseloroh mengatakan Bell ‘marah’ kerana pada tahun ini dia tidak menerima hadiah kereta daripada penganjur anugerah sehingga mencampak trofi yang dimenanginya.
Bell yang terkejut dengan hadiah istimewa itu kelihatan kaget dan menzahirkan pujian ke hadrat Ilahi di atas rezeki ‘luar jangkaan’ itu.
Terdahulu, fenomena ‘barkoba’ dan ‘yak yak yeay’ menjadi perbualan netizen dan rakan-rakan artis apabila Bell Ngasri dinobatkan sebagai Artis Paling Popular menewaskan calon-calon popular lain seperti Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.