“Bell Ngasri Tak Layak!” – ‘Fans’ Syahmi Sazli Tak Puas Hati Keputusan ABPBH35, Akan Mogok Lapar Seminggu

Hiburan

“Bell Ngasri Tak Layak!” – ‘Fans’ Syahmi Sazli Tak Puas Hati Keputusan ABPBH35, Akan Mogok Lapar Seminggu

Kemenangan julung kali pelawak Bell Ngasri pada malam Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35) sememangnya dinanti dan disambut baik peminat apabila dia menggondol trofi utama pada malam itu.

Malah, sejak awal lagi ketika undian Top 5 diadakan, nama Bell Ngasri ataupun nama sebenarnya Nasrizal Ngasri,42, telah disebut-sebut dan menjadi fenomena di media sosial.

Advertisement

Namun, kemenangan itu nampaknya tidak dapat diterima dengan baik apabila peminat ‘tegar’ pengarah dan juga pelawak Syahmi Sazli mempertikaikan kemenangan pelakon filem 18 Puasa Di Kampung Pisang itu.

Dalam satu hantaran Facebook ini, seorang individu berkata Syahmi lebih layak memenangi artis komedi popular dan bukannya Bell Ngasri.

FacebookSumber : Facebook  

Apa saja jasa Syahmi yang dia tak buat. Berlakon, melawak, mengarahkan filem yang membawa keuntungan besar. Tak mengapa mi, kamu tak menang ABPBH tetapi kamu menang di hati kami semua. Sampai 2 kategori Bell kaut!!

Malah, individu itu juga berkata bahawa dia sebagai peminat Syahmi akan bermogok lapar selama seminggu sebagai tanda protes atas protes yang tidak memuaskan itu.

Dia juga berharap pengarah itu dapat memenangi anugerah Artis Komedi Popular pada edisi yang akan datang selain memberikan rating rendah kepada penganjuran ABPBH35 kali ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersependapat dengan pendapat individu berkenaan dan tetap dengan pendirian mereka iaitu memilih Bell Ngasri sebagai bintang paling popular pada malam anugerah itu.

Terdahulu, Syahmi bersama rakan duo, Asif dan Yeo Parey telah memenangi anugerah Lawak Viral Popular pada malam kemuncak ABPBH35 dan sehubungan dengan itu, pengarah itu akan mengagihkan beberapa barangan asas kepada 1000 orang bertuah pada Ahad ini.

Bella Astillah sindir
9 months ago

"Baju Dia Tak Kampung.com.." - Puji Gaun Janna Nick, Bella Astillah 'Perli' Siapa Tu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...