Sejak kebelakangan ini, masyarakat terutamanya anak muda mula menunjukkan minat yang mendalam terhadap dunia Non Fungible Token (NFT) di mana ramai yang menawarkan karya digital di platform jual beli NFT yang dipercayai.
Bukan sahaja karya seni digital, seorang anak muda daripada Indonesia yang dikenali seabgai @Ghozali_Ghazalu di Twitter telah menawarkan swafoto wajahnya sendiri sebagai NFT untuk mereka yang berminat.
Yang menariknya, swafoto miliknya merupakan gambar wajah yang dirakam pada saban hari sejak tahun 2017.
NFT tersebut dikenali sebagai Ghozali Everyday dan dipasarkan di platform OpenSea sebanyak 933 gambar swafoto.
Ceritanya di Twitter, dia berasa sangat terkejut kerana telah berjaya menjual sebanyak 35 NFT dengan harga lantai sekitar 0.001 ETH iaitu bersamaan RM13.51 setiap satu mengikut kadar pertukaran semasa.
Can't believe people actually bought my photo #NFT 35 already sold in one day pic.twitter.com/HRyB86OJD5
— Ghozali_Ghozalu (@Ghozali_Ghozalu) January 11, 2022
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya dan pengguna NFT tampil memberikan respon positif dan memuji sikap tekun dan komited lelaki itu memuat naik NFT miliknya setiap hari meskipun pada awalnya tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.
Siapa sangka gambar ‘selfie’ juga boleh dijadikan punca pendapatan melalui pentas NFT sehingga dapat menjana keuntungan yang begitu lumayan.
Ternyata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.