Rindu Nak Pergi Hatyai? Pasar Mini Di Kajang Ini Jual Aneka Produk Dari Thailand

Kehidupan

Rindu Nak Pergi Hatyai? Pasar Mini Di Kajang Ini Jual Aneka Produk Dari Thailand

Destinasi Bukit Kayu Hitam yang merupakan sempadan Thailand-Malaysia sememangnya cukup popular dalam kalangan masyarakat terutamanya barang berasaskan makanan selain ianya cukup murah dan terdapat pelbagai pilihan.

Menyedari peminat barangan Thailand semakin bertambah, sebuah kedai runcit yang terletak di Taman Kajang Putra, Kajang, Selangor diberi nama Cherry Mat telah dibuka kepada orang ramai.

Advertisement

Apa yang menariknya, kedai tersebut telah tampil dengan konsep yang mengetengahkan produk daripada negara jiran dan Pantai Timur kepada pelanggan.

Antara barang-barang yang dijual dan sinonim dengan negara jiran itu adalah pelbagai jenis pes tom yam, sos ikan dan sotong, serta pelbagai barangan yang jarang didapati di kedai runcit biasa.

Pastinya pelanggan akan rambang mata melihat pelbagai barang kelengkapan memasak nasi kerabu, seleksi jeruk buah, satay ikan halal dan sos Thailand.

Cherry MartSumber : mStar Online 

Ujar pengurus Cawangan Cherry Mart, Hasrul Hisham berkata bahawa idea untuk membuka kedai itu tercetus setelah mendapat maklum balas pelanggan yang sukar mencari produk negara jiran itu di sekitar Lembah Klang.

“Berdasarkan maklum balas pelanggan, Cherry Mart cukup unik kerana ia menawarkan barangan untuk masakan Thai dan negeri Pantai TImur yang cukup digemari rakyat Malaysia.” katanya.

Maklum Hasrul lagi, hampir kesemua barang-barang itu diimport dari Thailand dan semestinya halal untuk dimakan.

Cherry MartSumber : mStar Online 

Selain menjual pelbagai makanan laut segar, Cherry Mart juga menyediakan daging dan ayam halal yang disembelih mengikut hukum syarak dan turut mempunyai khidmat ‘Potong, Bungkus, Hantar’ bagi yang mahukan penghantaran terus ke depan pintu rumah.

Hasrul juga menyasarkan untuk membuka 10 lagi cawangan Cherry Mart pada tahun 2022.

atuk
2 years ago

"Awas! Pemeriksaan Sedang Dijalankan" - Umur Sudah 90 Tahun, Telefon Lelaki Ini Tetap Dipantau Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...