Baru-baru ini tular di aplikasi Twitter, ciapan seorang pengguna yang dikenali sebagai Nik Akmal berkongsi satu permohonan ‘resume‘ untuk menjalani latihan industri dihantar oleh seorang pelajar.
Apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila pelajar itu ‘terforward’ sekali dengan mesej daripada ‘Yayang’.
Menerusi ciapan tersebut, pelajar ini mungkin terlepas pandang menghantar forward message daripada ‘Yayang’ itu sekali dengan email kepada HR syarikat yang ingin menjalani latihan industri.
Nah yayang resume yayang. Kalau ada penambahbaikan sila bagitahu saya ye. Hehe, I love you yayang. Muah!
Menurut Nik, kesilapan kecil seperti itu perlu dielakkan oleh orang ramai ketika menghantar permohonan kerja mahupun permohonan penempatan latihan industri kerana boleh memberi tanggapan dan persepsi yang kurang baik daripada bakal majikan.
Buat kerja tak clean, captured in 4k. Jangan amalkan. Impression tak bagus.
"Resume yayang saya"
???
Buat kerja tak clean, captured in 4k. Jangan amalkan. Impression tak bagus. pic.twitter.com/wtsaeHajTF
— Nik Akmal (@nikakmal00) February 22, 2022
Meninjau diruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat email yang dihantar oleh pelajar berkenaan namun mencadangkan agar pihak Universiti untuk mengajar cara menulis surat rasmi agar kesilapan seperti ini tidak berulang lagi.
“Rushing ke yayang nk cari tempat internship sampai lupa delete forward email tuh,” tulis seorang netizen.
“Sebabtu saya amat sarankan apa-apa berkaitan skill basic kerja, sedih tau ada yang nak forward email tak pandai, remove email receipient tak pandai, ada yang nak CC pun tak pandai,” tulis seorang pengguna Twitter.