“Report Polis, Pergi Jabatan Agama, Sarah Guide Dia” – Shuhada Hubungi Puteri Sarah Minta Bimbingan

Hiburan

“Report Polis, Pergi Jabatan Agama, Sarah Guide Dia” – Shuhada Hubungi Puteri Sarah Minta Bimbingan

Setelah digemparkan dengan perkhabaran melafazkan talak satu terhadap isteri, nama pelakon Hafidz Roshdi sering menerima kecaman daripada netizen tetapi dirinya masih kekal tenang di platform media sosial.

Buat Shuhada pula, dia menerima dengan hati terbuka susulan bercerai dengan suami, malah adiknya, Sofia berkata Shu sama sekali tidak menangis sewaktu talak dilafazkan.

Advertisement

Difahamkan, wanita berumur 29 tahun dikhabarkan sempat menghubungi aktres Puteri Sarah untuk mendapatkan nasihat susulan proses memfailkan talak.

Kerana mahukan bimbingan, Puteri Sarah terbuka hati memberitahu satu persatu segala hal berkaitan dengan memfailkan talak serta proses laporan polis dan urusan di pejabat agama.

Report polis semua, pergi jabatan agama… Sarah yang guide dia.

Menurut Puteri Sarah, bimbingan yang diberikan hanyalah prosedur-prosedur penting saja dan tiada unsur memburukkan mana-mana pihak. Oleh kerana itu, pelakon terbabit berharap netizen tidak membuat spekulasi negatif terhadap dirinya.

Dalam pada itu, isteri kepada Syamsul Yusof itu turut berkata perjuangannya itu bukan untuk diri sendiri saja, malah untuk wanita-wanita yang teraniaya di luar sana.

Shuhada tenang diceraikan
1 year ago

"Tak Lagi Terkongkong, Dah Move On" - Tak Sedih Atau Nangis, Shuhada Tenang Dicerai Talak Satu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...