“Tak Lagi Terkongkong, Dah Move On” – Tak Sedih Atau Nangis, Shuhada Tenang Dicerai Talak Satu

Hiburan

“Tak Lagi Terkongkong, Dah Move On” – Tak Sedih Atau Nangis, Shuhada Tenang Dicerai Talak Satu

Semalam, boleh dikatakan ramai berasa terkejut setelah tular berita dakwaan mengatakan pelakon, Hafidz Roshdi melafazkan talak satu terhadap isteri, Shuhada dihadapan keluarga.

Susulan itu, pihak mStar telah menemubual adik perempuan Shuhada yang dikenali sebagai Sofia untuk mendapatkan berita terkini mengenai kakaknya dan wanita itu berkata, kakak tenang menerima takdir diceraikan oleh suami setelah segala masalah yang berlaku dalam rumah tangga selama ini.

Advertisement

Difahamkan juga, Shuhada sangat stabil dan terlihat kuat hadapi ujian yang sedang dilalui sekarang ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Dia tak sedih atau menangis. Sekarang dia sudah boleh move on dan tidak lagi terkongkong dengan suami.

Keputusan untuk bercerai ini juga dikatakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak selepas kemelut rumah tangga semakin berleluasa hingga melibatkan orang ketiga.

Menjawab bagi pihak kakaknya, Sofia berkata dia sendiri melihat pengorbanan Shuhada hadapi masalah rumah tangganya itu dan turut meluahkan rasa syukur kerana semua sudah [un selesai.

Sekadar info, sebelum ini Sofia mengesahkan bahawa Hafidz Roshdi telah melafazkan talak satu terhadap Shuhada melalui telefon dengan bersaksi keluarga.

Hafidz Roshdi
1 year ago

Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri, Shuhada Dengan Talak Satu Bersaksikan Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...