Remy Ishak Anggap Nad Zainal Tidak Lebih Daripada Rakan Sekerja

Hiburan

Remy Ishak Anggap Nad Zainal Tidak Lebih Daripada Rakan Sekerja

Pendedahan bekas pengurus Nad Zainal iaitu Alog Zuren memang cukup panas sehingga ada yang melabelkan Nad sebagai artis hipokrit dan mempunyai perangai buruk apabila membawa teman lelakinya masuk ke bilik.

Advertisement

Turut terkena tempias dalam masalah mereka adalah Remy Ishak dimana Nad kononnya telah didesak oleh peminat untuk bercinta dengan aktor kacak tersebut. Namun, menurut Along  aktres itu yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Remy.

Menyedari namanya turut terpalit didalam kontroversi tersebut, Remy  menjelaskan nama beliau sepatutnya tidak dikaitkan dalam permasalahan mereka. Ia menunjukkan sikap tidak profesional seseorang itu.

Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang biasa dalam industri di mana orang saling dihubungkaitkan. Tapi bagi saya, sebenarnya tak sepatutlah bila orang yang bermasalah itu mengaitkan orang lain dalam perkara ini. Pada saya, ini soal profesionalisme dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

Apa yang bekas pengurus dia cakap itu tidak ada apa-apalah. Saya tak berani nak cakap orang itu fitnah sebab saya sendiri tak berada dalam situasi. Tapi jika dia ada cerita tentang isi hati dan sebagainya, perkara itu di luar bidang kuasa saya. Walaubagaimanapun, perkara itu memang tidak pernah berlaku (Nad luah perasaan) sepanjang saya bekerja dengannya sebanyak dua kali.

Walaubagaimanapun, Remy menjelaskan hubungan beliau bersama Nad masih lagi baik selepas apa yang berlaku dan hanya menganggap Nad sebagai rakan kerjanya sahaja.

Bila ada satu masalah berlaku, rasanya tidak perlu kaitkan nama orang lain sehingga mereka turut terkena tempias negatif atas permasalahan tersebut. Tak perlu lagi panjangkan perkara ini, Nad Zainal pun sudah memohon maaf cuma pengajarannya di sini jangan pernah menilai atau percaya 100% perangai manusia berdasarkan luarannya sahaja.

Sumber Berita: Tonton Extra

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...