Pendedahan bekas pengurus Nad Zainal iaitu Alog Zuren memang cukup panas sehingga ada yang melabelkan Nad sebagai artis hipokrit dan mempunyai perangai buruk apabila membawa teman lelakinya masuk ke bilik.
Menyedari namanya turut terpalit didalam kontroversi tersebut, Remy menjelaskan nama beliau sepatutnya tidak dikaitkan dalam permasalahan mereka. Ia menunjukkan sikap tidak profesional seseorang itu.
Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang biasa dalam industri di mana orang saling dihubungkaitkan. Tapi bagi saya, sebenarnya tak sepatutlah bila orang yang bermasalah itu mengaitkan orang lain dalam perkara ini. Pada saya, ini soal profesionalisme dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
Apa yang bekas pengurus dia cakap itu tidak ada apa-apalah. Saya tak berani nak cakap orang itu fitnah sebab saya sendiri tak berada dalam situasi. Tapi jika dia ada cerita tentang isi hati dan sebagainya, perkara itu di luar bidang kuasa saya. Walaubagaimanapun, perkara itu memang tidak pernah berlaku (Nad luah perasaan) sepanjang saya bekerja dengannya sebanyak dua kali.
Walaubagaimanapun, Remy menjelaskan hubungan beliau bersama Nad masih lagi baik selepas apa yang berlaku dan hanya menganggap Nad sebagai rakan kerjanya sahaja.
Bila ada satu masalah berlaku, rasanya tidak perlu kaitkan nama orang lain sehingga mereka turut terkena tempias negatif atas permasalahan tersebut. Tak perlu lagi panjangkan perkara ini, Nad Zainal pun sudah memohon maaf cuma pengajarannya di sini jangan pernah menilai atau percaya 100% perangai manusia berdasarkan luarannya sahaja.