Pelakon popular Remy Ishak mengakui kehidupan berumah tangga membuatkan dirinya lebih relaks dan terbuka dalam banyak perkara.
Ia termasuk beberapa video bersama isteri tercinta, Ezza Yusoff sebelum ini yang menarik perhatian netizen kerana disifatkan sebagai sweet dan romantis.
Malah, ada juga yang beranggapan bahawa karakter Remy itu jauh berbeza dengan zaman dia masih bujang.
Ya ka lain, bagi saya sama saja. Cuma sekarang lebih ‘free’, relaks dan terbuka.
Menurut Remy, perkara tersebut mungkin disebabkan faktor umur kerana bila sampai satu tahap umur rasa lebih matang, pastinya akan berasa semua perkara senang dan boleh diuruskan.
Remy turut memberitahu yang banyak perkara perlu dijaga dahulu ketika masih baru dalam dunia hiburan serta baru lagi dengan persekitaran kehidupan yang selalu diberi perhatian.
Tambah Remy lagi, apa yang dilaluinya itu bukan disebabkan dia kahwin tetapi lebih kepada faktor umur dan kematangan diri.
Sekadar info, Remy telah mendirikan rumah tangganya bersama Ezza Yusoff pada 20 Ogos lalu Masjid Negara, Kuala Lumpur.