Remy Ishak Puji Kerjasama & Layanan Pihak Produksi Filem Proksi

Hiburan

Remy Ishak Puji Kerjasama & Layanan Pihak Produksi Filem Proksi

Pelakon kacak dan popular, Remy Ishak baru-baru ini bertindak memuji pihak produksi filem terbaru lakonannya iaitu Proksi.

Remy Ezza
3 bulan lalu

Mahu Tunai Umrah Dan Bulan Madu Di Padang Pasir Bersama Isteri, Remy Ishak Dah Tak Sabar

Advertisement

Remy memberitahu yang seluruh pihak produksi telah memberikan kerjasama dan layanan yang sangat baik sepanjang menjayakan penggambaran filem tersebut.

Tambah Remy, dia menghormati pihak produksi kerana mereka berikan kerjasama dan kebajikan yang sangat bagus daripada awal mereka sampai di Bangkok, Thailand sehingga hari terakhir menjalankan penggambaran di sana.

Advertisement

Disebabkan komitmen yang diberikan mereka sangat tinggi, perjalanan menjadi mudah sahaja dan apa yang boleh saya cakap ialah mereka iniĀ A class.

Pada masa yang sama, Remy sempat juga mengulas serba sedikit tentang penceritaan filem Proksi tersebut dan watak yang dibawanya dalam filem itu.

Menurut Remy, filem tersebut mengangkat isu semasa di mana ianya diambil mudah oleh orang ramai dan salah satu isu yang sangat hangat ketika ini iaitu tentang penyebaran berita palsu.

Remy Ishak

Ujar Remy lagi, dia membawa watak sebagai Aqil iaitu watak antagonis dalam filem tersebut yang menjadi askar upahan untuk mendapatkan kembali wang CARRIE yang dicuri oleh Aman (Ashraf Sinclair).

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak turut menambah yang CARRIE adalah sebuah organisasi sulit yang membeli dan menyebarkan berita palsu untuk mendatangkan huru-hara kepada negara.

Sekadar info, filem Proksi arahan Mohd Shafe A. Wahib telah menjengah ke pawagam rumah anda menerusi Astro First di saluran 480 bermula pada 18 November lalu yang turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Bront Palarae, Ashraf Sinclair dan Siti Saleha.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...