Remaja Perempuan 16 Tahun Bersubahat Dengan 5 Lelaki Untuk Rog*l Mangsa Yang Sama

Berita

Remaja Perempuan 16 Tahun Bersubahat Dengan 5 Lelaki Untuk Rog*l Mangsa Yang Sama

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Kangsar hari ini atas dua pertuduhan bersubahat membabitkan jenayah rogol.

Menurut laporan Harian Metro, dua pertuduhan itu adalah secara individu dan rogol berkumpulan pada pertengahan Julai.

Advertisement
  • Pertuduhan pertama

    • Remaja itu didakwa bersubahat dengan Muhammad Azeem Abdul Rahman, 20, Mohamad Ariff Haikal Arapin, 21 dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun 9 bulan dengan cara membenarkan dan menyebabkan seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berumur 15 tahun 11 bulan dirogol.
    • Kesalahan rogol itu dilakukan atas sebab persubahatan tertuduh
    • Dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Dovenby, Sungai Siput antara jam 1 hingga 2 pagi, 14 Julai.
    • Kesalahan dibaca mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun sama yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun namun tidak melebihi 30 tahun

 

 

  • Pertuduhan kedua

    • Remaja itu didakwa bersubahat dengan Afiq Yan Muhammad Farid Yan, 20, dengan cara membenarkan dan menyebabkan mangsa yang sama iaitu remaja perempuan berumur 15 tahun 11 bulan, dirogol.
    • Kesalahan rogol itu dilakukan atas sebab-sebab persubahatan tertuduh.
    • Dilakukan di sebuah rumah di Kampung Pulau Mentimun, Sungai Siput antara jam 1 hingga 2 pagi pada 17 Julai.
    • Kesalahan dibaca mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun sama yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.

 

Pihak mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili dua peguam itu diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan di samping syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan melaporkan diri di balai polis berhampiran, sebulan sekali.

Empat tertuduh lelaki yang bersangkutan dengan kes rogol itu dilaporkan telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh untuk dituduh pada petang ini memandangkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar sedang dalam tempoh cuti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Dah Buat Hubungan Intim Beberapa Kali" - Penceramah Bebas Popular Ditahan, Didakwa Rogol Remaja Bawah Umur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...