Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Kedah yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sebelum ini, telah ditemui selamat.
Dhania Maisara, ditemui di Stesen Kereta Api Arau, Perlis pada jam 7.30 malam semalam bersama seorang rakan perempuan.
Bapanya, Muhammad Suhairi Ghazali, 45, berkata penduduk kampung yang menemukan anak gadisnya itu dan terus menahannya ketika turun dari kereta api.
Setiba di Stesen KTM Arau, saya mendapati anak berada dalam keadaan selamat sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk membuat laporan penemuan itu.
Bagaimanapun Dhania masih mengunci mulut dan belu, menceritakan apa sebenarnya yang berlaku sepanjang dia hilang sejak Khamis lalu.
Setakat ini, Dhania belum menceritakan apa-apa lagi… mungkin dia masih trauma.
Difahamkan, Dhania terlebih dahulu telah dikesan berada di sekitar Johor Bahru menerusi aplikasi Find My iPhone sebelum dijumpai di KTM Arau.
Gadis itu dipercayai keluar makan bersama rakan yang baru sahaja dikenalinya sebulan lalu, bernama Intan dan berusia 16 tahun.
Pada hari kejadian, saya ada terima WhatsApp daripada seorang individu mendakwa dirinya sebagai ibu kepada Intan yang memberitahu membawa Dhania keluar makan bersama. Namun selepas disiasat mesej itu sebenarnya dihantar sendiri oleh Intan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.