Remaja Alami Sakit Kepala Selama 12 Hari, Rupa-Rupanya…

Trending

Remaja Alami Sakit Kepala Selama 12 Hari, Rupa-Rupanya…

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya suka bermain. Lebih-lebih lagi, apabila mereka sudah meningkat umur remaja. Dalam lingkungan usia tersebut, mereka akan terdedah dengan pelbagai aktiviti di luar untuk mengisi masa lapang.

Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengawasi segala perilaku serta aktiviti anak-anak di luar rumah, lebih-lebih lagi anak-anak yang aktif dalam bidang sukan.

Advertisement

3 years ago

3 jam Berenang Di Tengah Lautan, Remaja Ini Berjaya Diselamatkan Oleh Tentera Laut Indonesia

Peranan ibu bapa selain daripada mengawasi anak-anak turut merangkumi keselamatan serta kesihatan semasa mereka bermain. Hal ini kerana, mereka akan lebih mudah terdedah dengan bahaya yang mampu mendatangkan kecederaan.

Remaja alami sakit kepala yang serius, rupanya ada gigi terbenam dalam tengkorak

Terbaharu, terdapat sebuah kejadian yang berlaku di Lisbon, Portugal apabila seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa menanggung kesakitan selama 12 hari pada kepalanya selepas mengalami kecederaan akibat digigit oleh rakannya ketika bermain bola baru-baru ini.

Menurut Utusan Malaysia, lebih mengejutkan apabila kesan daripada gigitan rakan sebayanya itu telah mengakibatkan satu daripada gigi rakannya itu ‘terbenam’ pada tengkoraknya.

Berdasarkan sumber, lima hari selepas kejadian baru remaja itu pergi untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dia mengadu sakit kepalanya semakin teruk. Selain itu, terdapat juga kesan luka pada kepalanya yang menjadi punca kesakitan itu muncul.

Tidak menunggu lama, ibu bapa kepada remaja tersebut dengan segera membawa anaknya itu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Doktor mendapati terdapat kesan luka serta sebatang gigi tertanam pada tengkoraknya.

Selepas diperiksa, doktor mendapati terdapat kesan luka sepanjang 5 sentimeter (cm). Lebih teruk lagi, kesan luka tersebut dilihat telah bernanah selain dia juga turut mengalami demam.

Gigi Tertanam Dalam Tengkorak Kepala Remaja

Paparan x-ray menunjukkan sebatang gigi yang tertanam dalam kepala remaja tersebut – Sumber Utusan Malaysia

Susulan itu, doktor telah memberikan ubat antibiotik serta ubat demam kepada remaja tersebut dan dia dilaporkan hanya stabil selama 24 jam. Namun, remaja tersebut masih mengadu akan sakit kepalanya yang datang semula.

Lapan hari kemudian, remaja itu dibawa kembali ke hospital dan doktor menyarankan agar rawatan x-ray dilakukan. Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila doktor tersebut mendapati terdapat sebatang gigi yang terbenam pada tengkoraknya.

Tidak menunggu lama, pasukan perubatan di hospital tersebut telah melakukan pembedahan kecil pada kepalanya bagi mengeluarkan gigi tersebut dan pembedahan tersebut telah berjaya. Remaja itu juga dilaporkan telah dibenarkan untuk keluar daripada wad dua hari kemudian.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...