Remaja 15 Tahun Cedera Parah Dibelasah Sekumpulan Lelaki Hanya Kerana Memiliki Wajah ‘Terlalu Kacak’

Kehidupan

Remaja 15 Tahun Cedera Parah Dibelasah Sekumpulan Lelaki Hanya Kerana Memiliki Wajah ‘Terlalu Kacak’

Hanya kerana memiliki rupa paras yang terlalu kacak, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dilaporkan cedera parah selepas menjadi mangsa pukul samseng.

 

Advertisement

Nak pergi kedai tiba-tiba diserang gangster

Dalam kejadian yang berlaku pada petang 11 Februari lalu, mangsa bernama Mooyong dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Bandung Crown Prince.

Menurut laporan, Mooyong telah diserang ketika dia dalam perjalanan ke kedai gunting rambut bersama empat orang rakannya.

barber

Gambar hiasan

Lima sekawan itu kemudian didekati sekumpulan lelaki yang mengarahkan mereka menghentikan motosikal dan mencabar untuk berlawan.

 

Cemburu sebab kacak sangat

Kata Mooyong, apabila ditanya mengapa mereka marah, kumpulan gangster yang terdiri daripada remaja lelaki di antara usia 12 dan 16 tahun itu menjawab ia kerana mereka cemburu dengan kekacakan yang dimilikinya.

Dedahnya lagi, kumpulan tersebut mengacukan dua pucuk pistol menyebabkan dia dan rakan-rakan tidak boleh melawan semula.

Ketika berlaku pergaduhan itu, saah seorang suspek, Bas berusia 16 tahun telah memukul leher Mooyong sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Dia kemudian dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya dan akibat kecederaan itu, Mooyong tidak sedarkan diri selama dua hari.

dibelasah

 

Ini bukan serangan pertama

Menurut penduduk setempat, kumpulan gangster tersebut terdiri daripada lelaki daripada beberapa perkampungan berdekatan di wilayah Sakon Nakhon.

Malah, kata mereka ini bukan kali pertama kumpulan itu melakukan serangan sebegitu dan sebelum ini seorang mangsa pernah ditumbuk sekitar bulan lalu.

Malangnya, tiada penahanan mahu pun tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa malah sehingga kini tiada respon daripada pegawai polis di kawasan tersebut tentang kes ini.

glamping
11 months ago

(VIDEO) Nenek Dipukul 'Owner Glamping' Selepas Mengadu Bakar Sampah Belakang Rumah, Ini Rupanya Kisah Sebenar...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Thaiger

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...