Sejak semalam, tular di media sosial gambar-gambar seorang lelaki warga emas berlari kepada anak buah yang rebah semasa dalam perbarisan kawan untuk Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang.
Barangkali berasa tersentuh melihatnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah berkongsikan gambar tersebut dan ia telah membuatkan ramai warganet yang sebak melihat momen terbabit.
Pada mulanya, ramai yang menjangka warga emas itu adalah bapa kepada lelaki yang rebah berkenaan, namun merujuk kepada laporan Berita Harian, warga emas itu adalah bapa saudaranya dan dia menjaga anak saudara yang bernama Nik Mohd Asdhar setelah kematian orang tuanya.
Dalam foto yang dikongsikan, terlihat bapa saudara berlari ke arah lelaki terbabit tanpa memakai sebarang kasut bagi membantu anak saudaranya yang dilihat rebah beberapa kali sebelum bantuan perubatan tiba.
Dalam pada masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki turut membuat satu hantaran di Facebook meluahkan rasa terkejut kerana lelaki di dalam gambar itu merupakan anak angkatnya yang kini sedang bertugas di KPDNHEP, Tawau, Sabah.
Difahamkan juga, Nik Mohd Adhar telah kehilangan orang tua sejak di bangku sekolah lagi dan sebab dia rebah ketika itu kerana kurang sihat ketika itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.