Reaksi Lucu Wanita Berhenti Teduh Tepi Jalan Kerana Hujan

Trending

Reaksi Lucu Wanita Berhenti Teduh Tepi Jalan Kerana Hujan

Mesti ada dalam kalangan kita yang pernah alami situasi di mana kita terlupa bawa kunci atau dompet bila kita keluar rumah kan? Kalau pernah, itu bermaksud kita memiliki sifat pelupa. Tetapi jangan bimbang, sifat pelupa ini adalah perkara yang biasa dilalui oleh setiap orang.

Namun, kalau sifat pelupa kita itu sudah lama kita alami ataupun sering terjadi maka kita perlu untuk sentiasa berwaspada. Sifat pelupa ini biasanya disebabkan faktor peningkatan umur dan selalu dialami oleh golongan yang berumur. Bagaimanapun, sifat pelupa ini boleh juga dialami oleh individu yang masih muda.

Advertisement

3 years ago

(VIDEO) Insiden Kereta Terjunam Tasik, Bapa Sakit Pelupa Masih 'Call' Nombor Anak Berkali-Kali

Bagi individu tidak kiralah sama ada muda ataupun tua yang mengalami sifat pelupa yang agak teruk, anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk bertanyakan tentang masalah tersebut. Bukan apa, takut ada penyakit lain yang menjadi faktor kita mendapat sifat pelupa itu.

Wanita lupa sudah pakai kereta, berhentikan kereta di tepi jalan lalu keluar untuk cari tempat berteduh kerana hujan

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna memaparkan kejadian yang berlaku di negara jiran Indonesia tentang seorang wanita yang tiba-tiba memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu turun dari kereta untuk berteduh kerana hujan.

Dalam perkongsian video tersebut, seorang wanita yang sedang memandu kereta dilihat berhenti di tepi jalan sebelum berlari keluar daripada keretanya. Ketika ditanya kenapa, dia cuma menjawab sedang berteduh daripada hujan yang lebat.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa terhibur adalah apabila wanita itu baru sedar yang dia tidak perlu untuk turun berteduh kerana sudah menaiki kereta berbumbung selepas disapa oleh seorang wanita di situ.

Lebih melucukan, wanita tersebut menepuk dahinya kerana terlupa lalu dia terus berlari semula masuk ke dalam keretanya.

“Dia pelupa tu orangnya”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 11.4 juta tontonan, 698.2 ribu tanda like dan 16.8 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat wanita tersebut yang lupa dia sudah menaiki kereta yang berbumbung.

Wanita lupa dia naik kereta, berteduh tepi jalan kerana hujan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri yang melalui situasi mereka lupa akan sesuatu, sama seperti yang terjadi kepada wanita tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...