(VIDEO) Insiden Kereta Terjunam Tasik, Bapa Sakit Pelupa Masih ‘Call’ Nombor Anak Berkali-Kali

Trending

(VIDEO) Insiden Kereta Terjunam Tasik, Bapa Sakit Pelupa Masih ‘Call’ Nombor Anak Berkali-Kali

Semalam, gempar sebuah tragedi menyayat hati melibatkan sebuah kereta Proton Persona dilaporkan terjunam ke dalam tasik akibat tertekan pedal minyak.

Lebih memilukan, insiden tersebut telah mengorbankan dua nyawa anak dan ibu.

Advertisement

Kereta terjunam di tasik serdang

BACA : Kereta Terjunam Dalam Tasik Akibat Tertekan Pedal Minyak, Dua Beranak Maut

Kedua-dua jenazah sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Serdang.

Pun begitu, menurut ciapan dari Instagram keluarga mangsa iaitu Haney_Nieza, ayahnya merupakan insan yang paling terkesan susulan insiden yang mengejut itu.

Tambah Haney, ayahnya itu ada masalah pelupa atau nyanyuk. Kadang-kala, perkara yang baru terjadi pun akan ditanya berulang kali. 

Gambar arwah ibu dan anak mangsa lemas kereta terjunam

“Siapa yang meninggal,macam mana boleh jadi?”

Ujar adik kepada mangsa lemas Allahyarhamah Nor Aiza ini, kakaknya itu antara yang paling rapat dengan ayahnya kerana dia masih belum berkahwin.

Susulan itu, sudah pasti peninggalan mereka memberi kesan yang hebat buat si ayah kerana kehilangan isteri tercinta dan juga anaknya.

Terbaru, suasana menjadi lebih menyayat hati apabila ayahnya masih lagi cuba call arwah anaknya itu.

Kelihatannya, bapa ini menganggap Allahyarhamah Nor Aiza masih lagi ada dan mencari-cari kelibat anaknya yang sebelum ini sangat rapat dengan beliau.

Insiden kereta terjunam

“Sebelum ini, masa mereka ada pun dia selalu cari, tambah-tambah lagi bila dah tak ada, kuatkan lah hati ayahku..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MUA HANI? (@haney__nieza)

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sungguh tragedi ini sangat menyentuh hati ramai pihak. Semoga keluarga ini terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Sama-sama kita doakan agar jasad mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aaamin.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...