Reaksi Lucu Suami Bila Isteri Datang Ketika Main Futsal

Trending

Reaksi Lucu Suami Bila Isteri Datang Ketika Main Futsal

Tidak dinafikan, futsal atau bola sepak sememangnya antara sukan yang diminati ramai khususnya bagi golongan lelaki. Kebanyakan lelaki memang suka menghabiskan masa terluang mereka dengan bermain futsal sebagai hobi, tidak kira lah sama ada semasa bujang ataupun selepas berkahwin.

Bagi yang tidak tahu, futsal adalah sejenis sukan yang hampir sama dengan bola sepak tetapi mempunyai keistimewaannya tersendiri. Sukan futsal ini adalah salah satu sukan yang berkembang pesat di seluruh dunia. Perbezaannya dengan bola sepak adalah ia dimainkan di kawasan gelanggang tertutup atau court dan menggunakan bola yang lebih berat.

Advertisement

3 years ago

Bermula Dengan Urutan Bahu Sebelum Cabul Remaja, Jurulatih Futsal Ditahan Polis

Bagi penggemar sukan futsal ini, satu berita baik bagi anda kerana kerajaan kini sudah membenarkan kembali aktiviti sukan dan riadah untuk dilakukan. Namun, individu yang berhasrat ingin melakukan aktiviti ini perlulah lengkap dua dos vaksin dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Gelagat suami bersemangat main futsal bila isteri datang tengok dia bermain

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama syara_dudu yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang dilihat begitu bersemangat bermain futsal gara-gara kehadiran isteri yang memberikan sokongan.

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki itu dilihat sedang bermain futsal di dalam gelanggang bersama rakan-rakannya yang lain. Pada masa yang sama, isterinya turut berada di luar gelanggang untuk memberikan sokongan kepada suaminya itu.

Apa yang membuatkan ramai penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila lelaki itu mula berpusing-pusing di sekeliling bola beberapa kali kononnya cuba menunjukkan skil permainannya oleh kerana terlalu teruja dengan sokongan yang diberikan oleh si isteri.

Lebih melucukan, gelagat lelaki itu yang siap mengeluarkan poket seluarnya ketika sedang melakukan skil tersebut. Selepas beberapa kali berpusing di sekeliling bola itu, barulah lelaki itu kembali bermain seperti biasa dan menendang bola itu kepada rakan yang lain.

Si isteri yang berada di luar gelanggang turut ketawa melihat gelagat lucu suaminya itu.

“Jangan datang kak. Elok-elok game santai-santai, terus jadi tournament. Semua skill diorang keluar hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 626.8 ribu tontonan, 44.5 ribu tanda like dan 453 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat semangat yang ditunjukkan oleh lelaki itu apabila isterinya berada di luar gelanggan untuk melihat dia bermain futsal.

Suami main futsal Suami main futsal Suami main futsal Suami main futsal Suami main futsal Suami main futsal Suami main futsal

Suami main futsal

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan yang seeloknya si isteri tidak datang untuk melihat suaminya bermain futsal kerana daripada permainan yang tenang, boleh menjadi seperti satu pertandingan. Habis semua skill mereka akan keluarkan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...