Bermula Dengan Urutan Bahu Sebelum Cabul Remaja, Jurulatih Futsal Ditahan Polis

Trending

Bermula Dengan Urutan Bahu Sebelum Cabul Remaja, Jurulatih Futsal Ditahan Polis

Padah mencabul remaja perempuan berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta, seorang jurulatih futsal ditahan bagi membantu siasatan di Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, lelaki berusia 33 tahun itu telah ditahan pada jam 9.30 malam pada Sabtu.

Advertisement

“Kita turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Aruz milik suspek bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Abd Khalid berkata, dalam kejadian pada jam 10 malam itu, mangsa telah mengikut suspek membeli ubat di kedai farmasi di sebuah stesen minyak di Puchong, setelah selesai latihan futsal.

“Semasa berada di dalam kereta di hadapan kedai farmasi itu, mangsa telah meminta suspek untuk membantu mengurut bahunya kerana sakit bermain futsal”

“Ketika suspek mengurut bahu mangsa, tiba-tiba tangannya telah turun ke paha mangsa, sebelum menyeluk seluar mangsa”

Beliau berkata, mangsa telah menolak dan menepis tangan suspek beberapa kali.

Suspek menyatakan hanya sekejap sahaja dan cuma mereka berdua yang tahu apa yang berlaku.

Selepas mencabul mangsa, suspek juga meminta mangsa untuk tidak beritahu kepada sesiapa mengenai insiden itu, mangsa dikatakan hanya mendiamkan diri kerana takut.

Setelah dinasihatkan abang mangsa, dia kemudian bertindak untuk membuat laporan polis sejurus insiden hitam itu.

Suspek telah direman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Bahaya betul zaman sekarang ni. Semoga kita semua dilindungiNya. Aamiin.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...