Reaksi Lucu Lelaki Hampa Terima ‘Kek Tarik Duit Syiling’

Trending

Reaksi Lucu Lelaki Hampa Terima ‘Kek Tarik Duit Syiling’

Seperti yang kita tahu, perkara pertama yang difikirkan oleh seseorang individu itu apabila ingin melakukan sambutan ulangtahun kelahiran adalah dengan membeli kek. Boleh dikatakan, kek sudah menjadi satu benda yang cukup sinonim dengan sesuatu sambutan atau majlis.

Disebabkan itu, ramai yang mula menempah kek untuk orang yang tersayang sempena hari kelahiran mereka. Bukan setakat kek, hadiah juga merupakan antara perkara yang selalu berkait dengan sambutan ulangtahun kelahiran.

Advertisement

3 years ago

Netizen Terhibur Lihat Aksi 'Ganas' Ayah Tarik Duit Dari Kek

Zaman sekarang ini, pelbagai jenis kek dan hadiah kejutan yang terdapat di pasaran termasuklah kek yang boleh dikatakan sudah menjadi trend masa kini iaitu ‘kek tarik duit’. Selain itu, ramai juga yang membeli hadiah seperti jambangan bunga, jambangan belon dan macam-macam lagi.

Lelaki terkejut sebaik sahaja tarik kek, rupa-rupanya cuma berisi duit syiling

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @phobella17 yang memaparkan seorang lelaki membuat muka hampa apabila menerima kek sempena ulangtahun kelahirannya.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menyambut hari ulangtahun kelahirannya di sebuah restoran bersama ahli keluarganya. Terdapat sebuah kek di atas meja dihadapan lelaki tersebut.

Kek tersebut merupakan ‘kek tarik duit’ yang ditempah khas oleh ahli keluarganya. Lelaki itu pada awalnya seakan tidak sabar dan sangat teruja untuk menarik duit keluar daripada kek itu.

Apa yang membuatkan ramai penonton merasa terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila duit yang ditarik keluar oleh lelaki itu daripada kek tersebut merupakan duit syiling yang diletakkan dalam plastik.

Lebih melucukan, reaksi muka lelaki tersebut kelihatan seakan hampa melihat duit syiling dalam plastik yang keluar daripada ‘kek tarik duit’ itu.

“Kalau aku berdekah dah gelak”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 2.9 ribu tontonan, 148.6 ribu tanda like dan 804 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat reaksi lelaki tersebut ketika menarik duit syiling keluar daripada kek.

Lelaki tarik duit syiling dari kek

Lelaki tarik duit syiling dari kek

Lelaki tarik duit syiling dari kek

Lelaki tarik duit syiling dari kek

Lelaki tarik duit syiling dari kek

Lelaki tarik duit syiling dari kek Lelaki tarik duit syiling dari kek

Lelaki tarik duit syiling dari kek

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan yang lelaki itu sepatutnya bersyukur kerana duit syiling juga adalah duit dan yang lebih penting ialah keikhlasan orang yang memberi itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...