Netizen Terhibur Lihat Aksi ‘Ganas’ Ayah Tarik Duit Dari Kek

Trending

Netizen Terhibur Lihat Aksi ‘Ganas’ Ayah Tarik Duit Dari Kek

Sesekali menyambut ulangtahun kelahiran, pasti ramai yang suka melakukan kejutan istimewa buat insan tersayang. Pelbagai jenis kejutan kita pernah lihat dilakukan oleh ramai orang untuk menyambut ulangtahun kelahiran ini termasuklah memberi kek, hadiah serta membuat jamuan makan-makan.

Sambutan ulangtahun kelahiran ini selalunya dilakukan sebagai penghargaan terhadap seseorang itu, lebih-lebih lagi insan tersayang seperti ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan rapat. Tidak perlu besar-besaran, tetapi hanya cukup untuk menunjukkan tanda penghargaan kita kepada orang tersebut.

Advertisement

3 years ago

Penjual Kecewa Pelanggan Buang Kek Bajet & Ugut Nak Viralkan

Zaman sekarang ini, ramai yang bertindak melakukan kejutan untuk sambutan ulangtahun kelahiran dengan menghadiahkan seseorang itu ‘kek tarik duit’. Boleh dikatakan, ‘kek tarik duit’ tersebut dilihat seperti satu trend sekarang ini.

Anak semangat nak buat surprise ‘kek tarik duit’ tetapi lain pula jadinya..

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna hanahedieya yang memaparkan sebuah keluarga melakukan kejutan sambutan ulangtahun kelahiran ayah mereka dengan menghadiahkan ‘kek tarik duit’.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan keluarga itu sedang berkumpul di hadapan ‘kek tarik duit’ tersebut dan menumpukan perhatian kepada ayah mereka yang sedang mencuba untuk menarik duit daripada kek itu.

Namun begitu, keterujaan ayah itu bagaimanapun lebur apabila duit yang telah diletakkan dalam kek tersebut sukar ditarik walaupun dia sudah mencuba berkali-kali.

Apa yang membuatkan ramai penonton terhibur dengan perkongsian video tersebut adalah apabila kek itu juga dilihat tercabut daripada tapaknya apabila si ayah menariknya kerana terlampau keras.

Malahan, anak-anak yang lain juga turut sama membantu menarik duit tersebut untuk keluar tetapi masih tidak berjaya untuk dikeluarkan. Bagi mereka, ia mungkin kerana ada kesilapan pada bancuhan kek tersebut yang tidak menjadi.

“Tu dah tak tarik, tu kira rentap hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 987.1 ribu tontonan, 54.1 ribu tanda like dan 3.7 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat aksi ayah itu ketika majlis sambutan ulangtahunnya.

Kek tarik duit keras kejung

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Kek tarik duit keras kejung

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada yang berseloroh dengan mengatakan yang lelaki itu dilihat sudah tidak mampu untuk tahan sabar dan merasa geram malah gayanya menarik duit dalam kek itu juga seperti menarik ubi kayu.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan penjual kek tersebut kerana memberi kek yang keras dan duit di dalamnya tidak boleh ditarik.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...