Reaksi Lucu Lelaki Bila ‘Member’ Suruh Datang Mandi Sungai

Trending

Reaksi Lucu Lelaki Bila ‘Member’ Suruh Datang Mandi Sungai

Seperti yang kita tahu, aktiviti outdoor semakin menjadi kegemaran anak-anak muda zaman sekarang ini. Aktiviti tersebut termasuklah aktiviti hikingcamping, mandi sungai dan sebagainya.

Tidak dinafikan, aktiviti outdoor ini sememangnya mampu untuk menarik minat golongan muda kerana mereka ini selalunya terdedah untuk mencuba perkara baru serta merasa seronok apabila melakukan aktiviti di luar.

Advertisement

3 years ago

Geng Basikal Tersangkut Di Bukit Kerana Hujan Jadi Tumpuan

Tambahan lagi, kerajaan kini sudah memberikan kemudahan dan membenarkan kembali aktiviti outdoor untuk dilakukan dengan syarat individu yang berhasrat untuk melakukan aktiviti tersebut perlu mendapat suntikan vaksin penuh.

Lelaki turun daripada motor dengan selambanya terus terjun ke dalam sungai

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang dilihat seperti terpaksa untuk mandi sungai.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunggang motorsikal dengan bertopi keledar dan memakai beg untuk mencari parking untuk motornya di satu kawasan perkelahan berhampiran sungai.

Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila lelaki itu kemudiannya dilihat turun daripada motor dan dengan selambanya meluru terus terjun ke dalam sungai.

Lebih melucukan, reaksi lelaki tersebut ketika meluru terjun ke dalam sungai dilihat seperti terpaksa dan langsung tidak menanggalkan topi keledar serta begnya.

“Bila kau merajuk tapi nanti menyesal kalau tak ikut”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1 juta tontonan, 131.2 ribu tanda like dan 3.3 ribu komen. Rata-rata netizen merasa terhibur melihat gelagat selamba lelaki tersebut.

Lelaki kena paksa mandi sungai

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki kena paksa mandi sungai

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang mengatakan reaksi lelaki tersebut sangat lucu kerana dilihat seperti terpaksa datang mandi sungai apabila disuruh oleh rakan-rakannya.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan yang lelaki tersebut terus meluru terjun ke dalam sungai kerana sudah tidak mampu untuk menahan kencing.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...