Geng Basikal Tersangkut Di Bukit Kerana Hujan Jadi Tumpuan

Trending

Geng Basikal Tersangkut Di Bukit Kerana Hujan Jadi Tumpuan

Seperti yang kita tahu, aktiviti mengayuh basikal bukanlah sesuatu perkara yang baru bagi kita. Namun zaman sekarang ini, aktiviti berbasikal dilihat semakin menambat hati dan menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Kebanyakan mereka yang berbasikal akan mencari kawan-kawan dan membuat kumpulan kecil untuk bersama-sama berbasikal serta mengisi masa hujung minggu. Ada juga antara mereka sanggup mengeluarkan modal beribu ringgit demi membeli basikal baharu.

Advertisement

3 years ago

Kayuh Basikal Hantar Karipap 'Frozen', Kegigihan Warga Emas Ini Sara Isteri OKU Raih Simpati Netizen

Bagi penggemar aktiviti berbasikal ini, sudah pasti mereka akan turut serta kawan-kawan sekiranya diajak ride di sesuatu tempat. Namun, kadangkala cuaca yang tidak menentu akan mengganggu sesi berbasikal itu apatah lagi jika melalui jalan yang curam dan berbukit tinggi.

Hujan lebat ketika berbasikal, lain pula jadinya bagi sekumpulan geng lelaki ini

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada pengguna bernama nasrullahzakaria7 yang memaparkan sekumpulan geng lelaki tersangkut di dalam hujan ketika sedang berbasikal.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan geng lelaki itu sedang berbasikal di sebuah kawasan bukit yang curam. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila hujan turun dengan lebat di kawasan itu sehingga membuatkan mereka tidak dapat meneruskan kayuhan.

Apa yang telah membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut merasa terhibur adalah apabila salah seorang daripada geng lelaki tersebut dilihat seronok bermain hujan.

Lebih melucukan, lelaki itu dilihat seakan sedang berenang di aliran air hujan yang deras menuruni bukit tersebut seperti seorang atlet renang. Ada-ada sahaja lah ‘abang’ tu.

“Yang depan tu tak puas main basikal, berenang pulak”

Perkongsian video tersebut setakat ini telah mendapat sebanyak 407.2 ribu tontonan, 44 ribu tanda like dan 1.2 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut berenang di atas jalan raya.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan mungkin lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana ketika waktu kecil dahulu tidak dapat merasai pengalaman bermain dalam hujan kerana ibunya suruh balik.

Geng basikal main hujan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Geng basikal main hujan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga komen yang lucu mengatakan lelaki tersebut sudah boleh menukar bidang daripada seorang atlet berbasikal ke atlet renang. Betul juga tu, tengok gaya berenang atas jalan raya tu macam ada harapan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...