Reaksi Ibu Tertinggal Gigi Palsu Di Rumah Buat Ramai Terhibur

Trending

Reaksi Ibu Tertinggal Gigi Palsu Di Rumah Buat Ramai Terhibur

Seperti yang kita tahu, gigi palsu adalah peralatan boleh tanggal yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang beserta tisu disekitarnya. Individu yang memakai gigi palsu ini adalah untuk menggantikan gigi yang hilang, memudahkan mereka mengunyah makanan dan bercakap dengan lebih jelas.

Tidak dinafikan, individu yang perlu menggunakan gigi palsu ini selalunya daripada golongan warga emas atau individu yang lebih berumur. Namun, ramai golongan muda juga dilihat sudah memakai gigi palsu sekarang ini disebabkan kurang penjagaan gigi.

Advertisement

3 years ago

Reaksi Lucu Ibu Bila Anak Gurau Minta Hutang Bikin Terhibur

Bagi individu yang menggunakan gigi palsu ini, ia sememangnya merupakan barang yang perlu sentiasa ada bersama mereka. Namun, proses penjagaan gigi palsu bukanlah senang seperti yang disangka kerana bakteria mudah merebak dan menjangkiti bahagian mulut jika tidak dijaga dengan betul.

Reaksi terkedu ibu kerana tertinggal gigi palsu di rumah

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @iqa_saidin yang memaparkan seorang gadis berkongsi situasi lucu pada ibunya apabila gigi palsu yang dipakainya tertinggal di rumah.

Dalam perkongsian video tersebut, gadis itu bersama ibu dan adiknya baru sahaja pulang dari rumah kakaknya dan sesuatu berlaku semasa di dalam perjalanan pulang itu.

Rupa-rupanya, gigi palsu yang dipakai ibunya itu tertinggal di rumah kakaknya. Mereka sekaligus ketawa berdekah selepas mengetahui tentang perkara itu.

Lebih melucukan, gadis itu kemudian berkongsikan reaksi terkedu si ibu yang seolah-olah keliru dengan apa yang telah terjadi. Ibunya juga turut memberikan reaksi wajah seperti sedang memikirkan sesuatu.

Gadis itu tertanya-tanya bagaimana gigi palsu tersebut boleh tertinggal sedangkan mereka sudah di dalam perjalanan mahu pulang ke rumah. Si ibu tidak perasan ke?

“Telefon gigi cepattt!!!”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1 juta tontonan, 121.3 ribu tanda like dan 2.2 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat reaksi terkedu ibu gadis itu sebaik sahaja sedar dengan apa yang terjadi.

Mak tinggal gigi palsu di rumah Mak tinggal gigi palsu di rumah Mak tinggal gigi palsu di rumah Mak tinggal gigi palsu di rumah Mak tinggal gigi palsu di rumah Mak tinggal gigi palsu di rumah Mak tinggal gigi palsu di rumah

Mak tinggal gigi palsu di rumah

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh dengan mengatakan kepada gadis tersebut supaya menelefon gigi palsu ibunya itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...