Reaksi Lucu Ibu Bila Anak Gurau Minta Hutang Bikin Terhibur

Trending

Reaksi Lucu Ibu Bila Anak Gurau Minta Hutang Bikin Terhibur

Tidak dinafikan, ibu bapa sememangnya orang yang paling banyak berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja demi kesenangan anak-anak. Walaupun kadangkala perkara itu sukar bagi mereka, namun tetap digagahi atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa.

Pernah tak ibu atau bapa pinjam duit korang waktu kecil-kecil dulu? Bila kita dah meningkat dewasa ini, mungkin kita tak berkira sangat dah dengan ‘hutang-hutang’ tu kan. Bukan apa, kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita, memang apalah sangat hutang kita tu.

Advertisement

3 bulan lalu

Netizen Terhibur, Alasan Ayah Letak Duit Belakang Telefon

Tapi pernah tak korang saja-saja bergurau ‘tuntut hutang’ dengan ibu atau ayah korang? Mesti macam-macam reaksi mereka kalau kita bergurau macam tu kan? Sepatutnya sebagai seorang anak, kita tak boleh lah menuntut hutang daripada mereka tapi dah nama pun bergurau kan. Asalkan tak melebihi batas gurauan.

Gadis bergurau meminta hutang beli gula dari ibu, sekali si ibu ungkit sampai hutang sebelum lahir lagi

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang perngguna bernama nazifa16_ yang memaparkan situasi seorang ibu apabila anaknya bergurau mahu meminta hutang daripadanya.

Dalam perkongsian video tersebut, si anak gadis bertanya kepada ibunya itu tentang hutang duit yang pernah dipinjam oleh si ibu untuk membeli gula.

Advertisement

 

Namun, apa yang menghiburkan para penonton perkongsian video tersebut adalah apabila si ibu bertindak memberikan respon yang lucu dengan meminta anaknya membayar hutang ‘sewa rahim’ kepadanya.

Gelagat dua anak-beranak ini bergurau jadi lebih melucukan kerana mereka bersembang dengan menggunakan loghat utara yang pekat.

“Hang bayar ‘hutang sewa rahim’ aku sat, kita kira hati sehari sampai sembilan bulan sudah la”

Bukan itu sahaja, si ibu turut ‘mengungkit’ pernah belanja membela anaknya itu selama 20 tahun. Siap bagi ‘diskaun’ lagi untuk kos susu yang dah dibelanjakan untuk membesarkan gadis itu.

“Nohhh sewa rahim terus hahahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 352 ribu tontonan, 26.9 ribu tanda like dan 276 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat reaksi ibu gadis itu ketika anaknya meminta hutang daripadanya.

Advertisement
Anak minta hutang dari ibu

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Anak minta hutang dari ibu

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan itulah akibat yang terpaksa ditanggung oleh gadis tersebut kerana telah melakukan gurauan dengan meminta hutang kepada ibunya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...