Pelakon dan juga usahawan, Elfira Loy tampil menjelaskan beberapa kekeliruan melibatkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf yang dianggap sebagai seorang bayi yang memilih makanan ataupun ‘picky-eater’ oleh segelintir netizen.
Kata Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, Rayyan hanya tidak gemar untuk makan makanan yang diperbuat daripada tepung seperti lempeng dan waffle.
View this post on Instagram
Disebabkan oleh itu, ujar pelakon drama Aku Bukan Malaikat ini lagi, anaknya lebih memilih untuk makan nasi atau pasta atau mee untuk sarapan.

“Biarkan saya menjelaskan kerana saya tidak suka jika ada segelintir orang yang assuming sesuatu. Anak lelaki saya bukan picky eater. Bukan bermaksud dia tidak suka cekodok, bererti dia picky eater. Boleh tak kita berhenti panggil bayi kita dengan picky eater? Dia hanya tak suka cucur. Dia tak berapa berkenan benda bertepung.”
Sebelum ini, usahawan produk sambal ini ada memuat naik video memaparkan gelagat Rayyan yang seolah-oleh cuba menjaga hati ibunya dengan berpura-pura makan cucur berasaskan tepung dan pisang itu.
View this post on Instagram
Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.
Anonymous
June 16, 2021 at 4:00 pm
anak orang kaya maklumlah.
cucu datuk laki harta berjuta2 kalau makan itu semua hilang hafazan. bodoh pula nanti.
jgn bagi makan nasi juga bagi makanan yg mahal2 baru sihat dan pandai
Anonymous
June 16, 2021 at 7:28 am
ala…picky eater gak la tu….
xpun anak dia xboleh makan jenis yang gluten…kalau makan allergic..