May 26th, 2015

Bukanlah nak mengalakkan remaja-remaja lain agar tidak menyambung pembelajaran mereka di peringkat menara gading, namun Abang Nara merasakan keputusan Raysha Riszrose, juara Dewi Remaja 2015 untuk menangguhkan pembelajarannya demi mahu bergelar selebriti adalah satu keputusan yang tepat. Di saat nama sedang naik, sedang popular dan sedang menjadi bualan ramai, memang ia adalah masa yang sesuai untuk Raysha menimba pengalaman di dalam industri hiburan sebanyak mana yang mungkin.

raysha riszrose

Lagipun Raysha mempunyai kakak-kakak yang berstatus selebriti iaitu Nelydia Senrose serta Uqasha Senrose. Pastinya dengan bantuan mereka berdua, lebih mudah untuk Raysha diperkenalkan kepada big name dunia lakonan. Orang kata, alang-alang tengah femes ini, just ride the wave. Kata Raysha:-

Sebelum masuk Dewi Remaja, saya berhasrat ingin sambung pelajaran pada Jun ini tetapi apabila sudah menang, saya tukar perancang belajar kerana mahu menimba ilmu dan pengalaman dalam lakonan, nyanyian dan pengacaraan. Namun saya saya akan pastikan dalam masa lima tahun lagi saya akan dapatkan ijazah dalam jurusan undang-undang di Taylor’s University.

Mula-mula masuk Dewi Remaja saya sudah bersedia dengan apa jua cabaran kerana setiap perkara yang kita buat orang akan bercakap lagi-lagi saya adik kepada mereka. Saya bersyukur memenangi Dewi Remaja hasil daripada usaha sendiri dan saya akui perbandingan lakonan saya dan kakak selepas ini pasti akan berlaku tetapi saya akan buat sebaik mungkin

raysha riszrose

Semoga berjaya diucapkan kepada Raysha Rizrose. Biarlah nama anda popular kerana bakat, bukannya kerana kontroversi. Dunia hiburan ini banyak pancarobanya. Gosip mosip itu perkara biasa. Benda yang kita tak buat tapi kononnya kita buat sehingga menyebabkan orang lain meluat pun adalah satu norma. Banyakkan belajar daripada kakak-kakak anda untuk cara menempuhi dugaan sebegini dengan tenang. Selamat datang ke dunia hiburan Malaysia. Good luck and all the best. Sumber Mstar Online.

raysha riszrose

P.S: Bila dah pakai Satin Skinz – Halal Natural nie, nak tak nak memang wajah akan jadi mulus, bersih dan berseri-seri. Ramai dah yang terkena fenomena terpaksa cantik Satin Skinz nie. Ramai tak puas hati kalau rahsia kecantikan mereka terbongkar. Tapi barang baik kenalah kongsi kan? Takkan nak cantik seseorang je? Tunggu apa lagi? Layari Facebook Satin Skinz – Halal Natural dan Instagram satinskinz2u untuk kejelitaan wajah anda.


Comments are closed.

Loading...