May 25th, 2015

Pertandingan mencari bakat Dewi Remaja telah menyaksikan adik kepada aktres Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose iaitu Raysha Rizrose dinobatkan sebagai Dewi Remaja sesi 2014/2015 disiarkan secara eksklusif pada malam semalam di Astro Ria.

Mahkota kemenangan  disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2009/2010, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa. Raysha telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Selain itu, beliau turut memenangi kategori Dewi Berseri (Fair And Lovely).

Gadis tersebut yang baru berusia 18 tahun dan berasal daripada Petaling Jaya, Selangor telah berjaya menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, 23, Balqish Maarif, 25, Deeba Halil, 24 dan Mawar Rashid, 19.

Peserta Syamin Farid yang juga memenagi kategori Dewi Menawan (Sunsilk) telah diumumkan sebagai pemenang tempat kedua, manakala peserta Balqish Maarif diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Buat Mawar Rashid pula beliau telah  memenangi kategori Dewi Kegemaran dan Fify Azmi pula menang sebagai Dewi Persahabatan.

Kesemua finalis diuji dengan sesi soal jawab sebagai cabaran akhir bersama panel juri yang terdiri daripad Edry Abdul Halim dan Erra Fazira selaku juri tetap. Turut mengadili mereka pada malam tersebut adalah Scha Alyahya, Farah Hussamuddin (Pengarah Kreatif Kumpulan Karangkraf), Ridduan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ridduan TTFGA (Jurugambar Bebas) selaku juri jemputan.

Raysha mengakui beliau merasa terkejut dengan kemenangannya itu dan ia merupakan pengalaman paling manis dalam hidupnya apabila namanya diumumkan sebagai pemenang. Sudah banyak ilmu yang beliau pelajari sepanjang tempoh pertanding Dewi Remaja berlangsung.

Saya masih seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2014/2015. Dunia seperti berhenti seketika apabila nama saya diumumkan sebagai sebagai juara dan ia menjadi antara pengalaman paling manis dalam hidup saya.

Diberi peluang untuk bersaing dengan semua finalis pada peringkat akhir adalah satu penghormatan yang cukup besar buat saya. Mereka semua pesaing yang sangat berbakat dan cantik-cantik belaka.Banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini .

Tahniah kami ucapkan kepada Raysha Rizrose. Kemenangan anda adalah permulaan kerjaya dalam bidang hiburan, masih banyak lagi cabaran dan ujian yang anda harus hadapi selepas ini.

Sumber Berita: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...