August 30th, 2016

Beberapa hari ini isu mengenai Uqasha Senrose yang mengambil keputusan untuk tidak berhijab lagi cukup hangat diperkatakan di media sosial. Pelbagai kritikan dan cacian yang diterima oleh pelakon berkenaan.

Tidak tahan melihat kakaknya yang menerima kecaman daripada netizen, Raysha Rizrose telah tampil mempertahankan Uqasha menerusi ruangan komen di akaun Instagramnya.

Buat Raysha, seseorang itu tidak mungkin akan faham situasi sebenar yang dihadapi oleh Uqasha dan adalah lebih baik untuk menjaga  hal sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain.

Ada pengikut di Instagram juga bersetuju dengan kenyataan Raysha dan menganggap lebih baik untuk Uqasha berterus-terang daripada menjadi seorang hipokrit.

Malah, perkara ini juga mendapat perhatian pelakon Elfira Loy yang menasihatkan orang ramai untuk tidak memberikan komen negatif kepada Uqasha tetapi mendoakan yang terbaik buatnya.

Hmmph, dalam hal ini mungkin Uqasha Senrose ada salahnya juga, tetapi kalau asyik dihimpit dengan kata-kata negatif adakah seseorang itu mampu berubah menjadi lebih baik? Kalau hendak menegur dan nasihat cubalah dengan cara yang lebih berhemah. Diri kita pun belum tentu sempurna.


Comments are closed.

Loading...