Sedia maklum, Sarah Hildebrand selepas mengumumkan dirinya sudah bersara dari industri seni, kini dia secara rasmi berjaya menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).
Biarpun ramai yang mengucapkan tahniah terhadap wanita itu, dalam pada masa yang sama ada yang menanyakan sama ada Sarah ada berhadapan dengan dengan diskriminasi budaya atau agama memandangkan dia beragama Islam.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut risau tentang amalan ajaran Islam Sarah di kem tentara tersebut tapi Sarah pertahankan bahawa rakan-rakan setugasnya sangat menghormatinya.
Apabila ditanya tujuan utama menyertai Tentera Udara A.S, Sarah memaklumkan semuanya bermula selepas dia melihat perintah berkurung di Malaysia yang dikatakan sangat teruk.
Tambahannya lagi, keputusan dia memasuki tentera udara ini turut disokong oleh kedua-dua ibu bapanya serta mereka juga berasa bangga dengan anak perempuan mereka ini.
Sekadar info, Sarah ada membuat satu perkongsiaan bahawa dirinya kini menyertai Tentera Udara A.S, sekaligus berita itu telah menarik perhatian ramai untuk mengucap tahniah serta meninggalkan pandangan sendiri di ruangan komen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.