Bersikap masih profesional, aktres popular Mimi Lana masih mengekalkan hubungan baik dengan pelakon Syafiq Kyle dan terbuka untuk bekerjasama meskipun pernah mempunyai sejarah bersama.
Kenal sudah sembilan tahun
Kata Mimi, perkenalan yang sudah lama dengan Syafiq itu yang membuatkan mereka berdua saling tahu bagaimana hendak mengendali situasi dan berdepan dengan masalah. Kerana itu, aktres ini mengakui tiada masalah sekiranya diberi tawaran bekerja dengan Syafiq dalam sebuah projek.
Saya tidak mengambil tempoh lama untuk bersemuka dengan Syafiq. Usia perkenalan sembilan tahun membuatkan kami matang.
Industri seni ini kecil sahaja, jadi kami kena profesional dan ketepikan hal peribadi. Saya juga tiada masalah bergandingan dengannya.
View this post on Instagram
Kekal menjadi rahsia
Tambahan pula, Mimi enggan mengulas lanjut tentang apa yang menyebabkan keretakan pada hubungan mereka hingga mengakibatkan pembatalan perkahwinan Mimi dan Syafiq.
Ketika ditanya tentang perasaannya, aktres berusia 29 tahun ini tidak menafikan ada kesedihan namun dirinya cuba tidak terbawa emosi dan bersederhana dalam bersedih.
Apa yang berlaku biarlah saya simpan supaya tidak menjadi lebih besar atau timbul sebarang spekulasi.
Sebagai wanita kita tak boleh menipu tentang perasaan sedih namun kita kena bersederhana dalam perasaan.
Rasanya untuk pulih sampai bila-bila pun mungkin tidak. Boleh memaafkan namun tak melupakan.
View this post on Instagram
Terdahulu, Mimi dan Syafiq dikatakan sepatutnya berkahwin pada 18 Ogos tahun lalu setelah sembilan tahun berkenalan. Namun, difahamkan seminggu sebelum hari istimewa itu, majlis tersebut dibatalkan tanpa memberitahu punca sebenar.