“Walaupun Mereka Tak Jadi Kahwin Tapi..” – Muat Naik Pakai Baju Sedondon Dengan Syafiq Kyle, Pengurus Mimi Lana Bersuara

Hiburan

“Walaupun Mereka Tak Jadi Kahwin Tapi..” – Muat Naik Pakai Baju Sedondon Dengan Syafiq Kyle, Pengurus Mimi Lana Bersuara

Sedia maklum, status hubungan pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle sering menjadi tanda tanya selepas mereka membuat keputusan tidak berkahwin.

Tetapi baru-baru ini, mereka dilihat mesra makan bersama di sebuah restoran dan foto-foto mereka juga tular di media sosial.

Advertisement

Kekal sebagai kawan

Menjawab pertanyaan ramai, pengurus Mimi iaitu Iman Tang memberitahu kedua-dua pelakon itu masih boleh bekerjasama dengan baik serta tiada sebarang perselisihan faham antara mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Walaupun mereka tak jadi kahwin tapi mereka tidak bermusuh.

Muat naik gambar pakai baju sedondon

Dapat dilihat di akaun Instagram Mimi, dia ada memuat naik foto bersama Syafiq Kyle sambil memakai busana raya warna sedondon.

Menjawab mengenai hal itu, Iman berkata itu merupakan kerjasama mereka berdua mengayakan koleksi baju raya untuk tahun ini.

Namun begitu, Iman berkata dia sama sekali tiada hak untuk ikut campur hubungan peribadi selebriti terbabit memandangkan dia hanyalah pengurus tetapi berharap Mimi dapat memaklumkan berita baik kepadanya lebih awal.

mimi syafiq
4 months ago

Sama Sama Muat Naik Video Sebagai Suami Isteri, Netizen Tanya Mimi Lana & Syafiq Kyle - "Rehearsal Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...