Baru-baru ini tular di laman Twitter, ciapan perkongsian daripada seorang wanita yang berkongsi beberapa gambar wajah anak perempuannya mengalami luka teruk berpunca dari gatal-gatal di media sosial mendapat perhatian netizen.
Menerusi ciapan tersebut, wanita yang dikenali sebagai Nur Deanna berkata luka di wajah anaknya semakin teruk selepas mendapat rawatan di sebuah klinik swasta.
Difahamkan ianya disebabkan dari krim yang diberikan dari klinik tersebut telah menyebabkan luka di bahagian pipi anaknya itu semakin membesar sehingga hampir ke bahagian bawah mata.
Ya Allah rasa nak mencarut je, saya selalu buat research pasal cream, tapi kali ini saya gagal. Saya terlampau risaukan anak, saya tak dapat bertindak dengan betul.
Jelas Deanna, dia segera menyapu krim ke muka anaknya dengan harapan agar cepat sembuh tanpa memeriksa kandungan dalam krim tersebut sama ada sesuai atau tidak dengan luka yang dialami anaknya.
Guys i really need your help. I tak tahu procedure untuk sue person due to negligence. Please dm me if you guys tahu in details. I fight for my daughter pic.twitter.com/YJgpbt4eeX
— Diddy (@nrdeanna) February 9, 2022
Kini, difahamkan anaknya telah mendapatkan rawatan di hospital dan diberikan rawatan yang bermula dengan antibiotik.
Meninjau diruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap petugas kesihatan yang seharusnya tahu kesan dan juga bahan yang sesuai mengikut jenis luka sebelum diberikan kepada pesakit terutamanya kanak-kanak.
“Banyak kesalahan doktor itu bagi ubat steroid untuk sapu di muka. Steroid tidak boleh sapu di muka. Akan menipiskan kulit muka,” tulis seorang pengguna Twitter.